Saturday, 30 November 2013

Tempahan Nangka Dan Pelbagai Dessert Dibuka Hehe


( STICKY POST EH..SILA SCROLL KEBAWAH UNTUK ENTRY TERKINI..)


Assalammualaikum..selamat malam..

Seperti tajuk diatas..aku ingin membuka tempahan ya..apam polkadot,pelbagai jenis kek dan crepe, kek coklat moist,pavlova,puding,puff,cupcake dengan nangka madu atau kawen..disekitar melaka ya..memandangkan memang aku suka masak memasak ni..jadi ada yang bagi idea kenapa tak ambil tempahan ja..disamping boleh aku belajar2 lagi.jadi kepada yang sudi sudi nanti boleh whatapp aku kat no 0138720945 atau tepon 0124415446(yana).harga aku dijamin berpatutan.ngee..


Nangka kawen atau madu


Kek lemon,kek oren


Kek kiwi,kek red velvet


Apam polkadot,puff,cupcake


Kek coklat moist,kek pandan layer,crepe,pavlova,puding.


Pavlova 8",cupcake,kek coklat moist dengan fresh cream,buttercream rose cupcake


Camouflage cupcake,ganache topping cupcake


Kalau ada lain2 permintaan kek.boleh je bagitau aku.aku akan usahakan untuk setiap tempahan..aku ambil tempahan sikit sikit.mana la tau,kut kut ada rezeki tahun depan boleh bukak kedai kek aku sendiri.in shaa Allah



Jonker Walk



Assalammualaikum..selamat pagi..


Selamat berhujung minggu kepada semua.kalau ada yang nak nangka,boleh la msg/wechat atau watapp aku eh..sebab hari ni hari penjualan nangka.hehe..sempat promosi lagi..ngeh..ngeh..semalam aku pegi jonker walk..jalam jem bangat ni..wuu..pastu parking pun jenuh cari kut.tapi gigih jugak nak pegi.huhu..


Trademark jonker walk..masuk je terus nampak..


Gambar pokok teratai yang sesaja aku amik kat kedai kosong.hehe


Ada jual gambar gambar lukisan bandar melaka zaman dulu dulu,fridge magnet jangan cakap la..memang berlambak.beli je yang mana suka.satu lagi gambar bangunan yang tulisan cina tu aku ambik kat sebuah guest house tak salah aku.


Kincir air yang bersebelahan dengan jonker walk


Ini je gambar yang aku sempat ambil.sebab memang sesak.kalau nak cari barang2 rare yng takde jual kat pasaraya,boleh la datang sini.memang rasa nak beli semua barang je.dibuka setiap malam jumaat,sabtu.tapi memang bagitau awal awal la..orang memang ramai dan parking kena pandai pandai la cari..hehe.





Friday, 29 November 2013

Mari Mengaler Galer



Assalammualaikum..selamat petang..



Aku baru abes mengaler lukisan tadi..sambil sambil makan,minum,mengemas,merayau dan macam macam lagi la.huhu.dan ini la hasilnya..hehe..gelak2 aku ok..rasa macam nak jual lukisan ni 80 juta.haha..ada sesapa nak tak?ngeh..ngeh..


Kaler dengan kalerwater..aku rasa dah abes lawa ni..^_^ tengok2 dengan mata kecik.hehe


Kaler dengan kaler pencil.aku tak reti guna kaler pensil..kejap kiri kanan atas bawah garis kalernya..wuu


Lakaran yang memula tadi..

Ya..ini jela cerita dan gambar lukisan dari aku yang takde menda nak buat ni..huhu..nak pegi jonker walk.....erk..tetiba..hehe..







Mari Melukis Lukis



Assalammualaikum..selamat petang..


Salam jumaat semua..ngantuk sebab tido lewat.jadi bekmen dan jumpak kawan baru ren oh (jangan tanya kenapa dia pakai topeng)ngeh..ngeh..salam perkenalan ren oh.. ^_^.disebabkan aku ngantuk..aku malas buat keje..jadi aku melukis2 je.hoho..tapi..gaji nak..nak....


Sungguh keras skillnya..wuu

Lakaran kasar je..kalau jadi nanti,kalau jadi eh..haha..baru aku tunjuk gambar nya..kalu tak jadi,aku tanak tunjuk..ngeh..ngeh..






Blogger's Birthday Segment


Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 
31 ogos

Thursday, 28 November 2013

Resipi Dan Tip Kek Keju Leleh




Assalammualaikum..selamat malam..


Ini dia resipi kek keju dan jugak tips yang aku nak kongsikan.memang banyak resipi kek keju ni.tapi aku buat ikut versi yang aku rasakan sesuai dan gunakan barang barang yang ada kat dapur.resipi yang mudah walaupun macam nampak banyak bahan








Bahan bahan kek

Tepung rose - 160 gram
(kalau takde letak tepung gandum 100 gram + tepung jagung 60 gram)
Baking powder - 1 sudu kecil
Ovalette - 1 sudu besar
Gula castor - 100 gram
Telur - 4 biji
Kuning telur - 2 biji
Butter (sya guna buttercup)- 3 sudu besar(dicairkan)
Air sejuk - 50 ml
Esen vanilla - 1 sudu kecil

Cara cara

Tepung rose(tepung gandum+jagung)dan baking powder diayak.
selepas tu masukkan ovalett,air sejuk,telur,kuning telur,gula castor,esen vanilla dan putarkan dengan mixer sampai kembang.bila dah kembang tu baru masukkan butter yang dah dicairkan terlebih dahulu eh.
gaul gaul sampai sebati..kemudian boleh la masuk dalam loyang dan dibakar guna suhu 180 darjah celcius selama sejam guna api atas bawah.ikut oven memasing eh..kalau atas kek dah coklat2 tu dah masak la..

Bahan bahan topping keju

Whipping krim uht - 50 ml
Susu pekat - 150 ml
Keju yang dah diparut - ikut kesukaan(kalau cheesecream 250gram)
(Sepatutnya guna cream cheese.tapi takde kat dapur dan aku rasa buat resipi camni pun dah cukup sedap)

Cara cara

Masukkan je semua sekali dan kacau2 guna mixer sampai sebati(kalau nak lagi cair,masukkan ja susu cair lagi..tapi lagi manis la..)pastu bleh la letak atas kek yang dah siap dan sejuk tadi..

TIPS

- gunakan air sejuk dari peti ais
- jangan lengserkan loyang dengan butter atau marjerin atau planta gunakan baking paper ja kat bawah sebagai pelapik.kalau takde baking paper,takyah letak apa2.hee
- terbalikkan kek ke atas redai 5 minit selepas dikeluarkan dari oven
- guna lidi untuk cek kek dah masak ke belum.kalau belum masak tepung akan melekat kat lidi
- cairkan butter dalam kuali je.hehe.jangan tunggu dia cair pulak
- satu adunan ni bleh dapat 2 kek loyang 8 "




Kek keju ni bagi aku memang sangat sedap dan kena dengan selera aku..bagi bintang 10/10.hehe.tapi memang agak manis ya kek ni..memang kena potong kecik untuk menikmatinya eh..ambik bebesar memang akan terasa muak la..buat dessert selepas makan memang sesuai.harap2 kengkawan yang cuba kek ni menjadi eh.ada apa apa pertanyaan tanya je aku ok..



Cupcake Dengan Biskut Buah Dan Daun Mini



Assalammualaikum..selamat pagi..


Ya..tajuk..maaf..berpusing pusing aku nak letak tajuk apa.huhu..semalam aku ada bagi kengkawan teka menda apa yang aku buat tu kan..dan pemenangnya ialah mama kaori tahniah mama kaori dan terima kasih jugak untuk kengkawan yang sudi meneka eh.. ^_^ sekarang aku akan tunjuk apa yang dibuat dengan menda semalam..ini dia..



Cupcake dengan buah dan daun mini untuk harijadi kakak aku pada 25hb haritu.hehe.


Dalam oven.letak atas tutup periuk je.hehe

Buah mini ni aku buat menggunakan doh biskut.sebab masa ni memang aku nak bakar biskut sekali.jadi aku amik sikit,aku uli2 buat buah dan daun mini ni


Lepas masak

Gambar semalam kengkawan byk teka fondant sebab dia berkilat kan..hehe..sebenarnya lepas dah masak dia dah tak berkilat pun.jadi biskut je.ngeh..ngeh..


Cupcake pandan,oren dengan strawberry

Aku sebenarnya tak dapat nak agak perisa kegemaran kakak aku.tu aku buat 3 rasa sekali.ha amik kau.huhu


Zoom cupcake dedekat.

Kalau ada kengkawan yang nak resipi cupcake yang gerenti sedap dan menjadi ni..nanti aku update eh..banyak resipi yang aku tak update lagi ni.huhu..karang aku nak cuba buat sugar cookie lagi.kalau menjadi cantik,aku post entry eh.hehe..



Wednesday, 27 November 2013

Windstruck



Assalammualaikum..selamat malam..

Tensen...dan rasa macam tak mau buat apa apa..wuu..aku tak berapa pndai nak meluahkan perasaan ni..jadi aku dengar lagu ni bk love,mc sniper.hu..ingat dedulu..dengar lagu ni sambil2 drive..kekonon bagi hilang tensen..perasaan yang tak pernah hilang..**sigh...ost untuk cerita windstruck.memang sgt best cerita ini..memang kena sediakan tisu lap air mata,idung..huhu



Windstruck

Lakonan jun ji hyun dengan jang hyuk.memang best sebab lawak,romantik dan jugak sedeh..senang ceta ala ala cerita ghost lakonan demi moore dgn patrick swayze tu..lagu lagu dalam ceta ni pun best..



Lagu feveret aku..



Sesapa yang rasa nak lap lap mata macam shah rukh khan tu tengokla ceta ni..sebenarnya aku takde keje cerita pasal ceta ni kan..huu..aku tekanan sebenarnya..dan aku nak tengok ceta windstruck ni untuk entah kali keberapa balik sambil layan layan perasaan..wuuu..


Bk love mc sniper windstruck ost english translation

Did you know of my heart? Of the days
that I spent really thinking of only you?
However as my heart for you grew as much as possible
I had to have a even harder time. I had to fall into the fire.
Now because I am worn out, I don’t have the confidence to look at you.
Yea, I hate myself too for wanting to act selfish by turning my back on you and running away.
However I found out too late, when I knew that I found out that I liked you.
But then it was too late, everything had changed.
I, who was so poor, had lost all the confidence and strength to talk to you.
But I felt awkward about myself for thinking that, that was fine like that.
I really didn’t know that this would be this hard until now.
I realized it too late.
All of this will probably sound like an explanation to you, but my love was only you.
Yea, you must know just this one thing, that there is no one who can love you as much as I.
All of this will probably sound like an explanation to you, but my love was only you.
Yea, you must know just this one thing, that there is no one who can love you as much as I.
To me who is turned around looking at you,
there is now more sadness. Oh baby.
I can’t let go of the finished love.
I can’t cry over the sadness. Oh baby, please.
The saddened voice of my friend washes over my heart.
The ended love story that was already wrong to begin with.
I can’t even ask of the pain of my friend and the
sadness I can’t understand, so I sing a song.
You really loved that girl who was like a flower petal, and for
her you spent a lot of time alone, preparing love.
The tears that you shed so that that one flower could bloom,
could not protect the light and so
the flower became dirt and blew away.
As you passed the many days and nights with a sigh
The last thought of decision comes to conclusion roughly.
That by no means does the end of love for her, for you come easily.
Always you all’s love that was never granted,
meets up there in the sky as two lights.
You will become a shooting star drawn in the sky and in the
next life that love will surely be granted, I pray.
My friend still loves that girl.
However for her, my friend says he’s going to leave.
When I think that this is love, I can’t breathe.
So my friend must still be crying. “bk”
To me who is turned around looking at you,
there is now more sadness. Oh baby.
I can’t let go of the finished love.
I can’t cry over the sadness. Oh baby, please.
(Ooo..aku malas untuk..tulis balik..jadi aku copy paste je translatenya ni..huhu)


WW Pemenang Teka Dan Dapat Top Up



Assalammualaikum..selamat petang..


(UPDATE: yang menjawab dengan tepat ialah MAMA KAORI.hehe..betul jawapannya  tepung dan gula untuk buat biskut dan sebagai hiasan cupcake.tahniah2..kepada yang sudi sudi meneka pun terima kasih eh..^_^)



Sebab tak boleh taip bebanyak..jadi aku letak gambar je la..dan aku nak kengkawan teka apa yang aku nak buat dengan menda yang dalam gambar ni dan bahan apa yang aku guna untuk buat menda ni..


Sapa yang dapat teka paling tepat..memang tere..pastu layak dapat top up 5 hinggit..hehe..jadila..ada adiah tu okkk...

Teka,teka jangan tak teka..ngeh..ngeh..


Pukul 10..jawapan yang betul akan dibagitahu. ^_^







WW Zinnia



Assalammualaikum..selamat pagi..

(kepada geng tak tido malam..ika haneulafiqah dan jugak aefa aefaaerisya88 semalam line macam siput sedut..huhu..tak dapat jenjalan memalam..ngee..)

Senyum pepagi...sebab ini..


Banyak kan?warna warni lagi..


Abaikan rerumput tu.hehe..








Terima Kasih Kengkawan :D



Assalammualaikum..selamat malam..


Aku baru je sampai rumah ni..letih kut duk dalam keta 6 jam lebih.huhu..lenguh2 pinggang aku ni...terima kasih kat kawan kawan yang sudi bagi komen2 dan kata nasihat serta bagi semangat kat aku kat entry jiwang aku semalam..huhu..aku amat amat menghargainya..terharu aku ok...walaupun kita sekadar bersembang sembang kat tenet je..tapi rasa macam dah kenal lama je..terima kasih sekali lagi eh ^_^

Dan seperti yang kengkawan blog dan jugak adik,kakak ipar dan anak anak sedara aku sarankan..aku akan cuba sedaya upaya tabahkan hati ini.dan bersemangat untuk perniagaan kek dan dessert aku ni..chaiyok chaiyok..dan kalau ada rezeki..kedai akan dibuka kat ipoh.in shaa Allah..


Tetiba aku sengih sengih tengok gambar dia ni..hoho..ni semua anak sedara aku punya pasal..huhuhu..sila jangan tenung lelama...hehehehe...


;p




Tuesday, 26 November 2013

Alone In The Rain



Assalammualaikum..selamat malam

(Entry jiwang...)

Macam biasa aku memang jenis yang suka tido lewat..memalam baru aku gembira gembira bw..huhuhu..mesti komen aku duk tang bawah bawah sekali kat entry kengkawan..hoho..maafla kalau kekadang komen aku berpusing pusing..aku memang tak berapa pandai susun ayat..tapi nak jugak komen..hee.hari ni mood agak tak best..sebab..


Sebab baru dapat tau dia nak kena posting ke sarawak..:'( untuk masa yang agak lama..terus blur je ni..dia yang banyak membantu aku peroleh semula semangat aku yang pernah hilang satu ketika dulu..dia yang pernah membalut kelukaan hati aku..dan untuk itu aku amat amat berterima kasih kat dia..dan nanti kami akan terpisah oleh laut cina selatan.huhu.

Maaf sebab aku kurang bercerita tentang diri aku dalam blog aku ni..sebab aku rasa tak banyak cerita yang menarik tentang diri aku untuk dikongsikan..mungkin satu hari nanti..buat masa sekarang,kengkawan tengok hasil masakan,lukisan dan bunga bunga aku je la..heehee

Sekarang aku cuma terima segalanya dengn terbuka.semoga segala permasalahan aku cepat diselesaikan.aku pun nak jugak rasa bahagia macam orang lain..aku fikir pasal hal ni sampai pening pening kepala dah..huhu..aku tau takde jalan yang mudah untuk capai kebahagiaan..jadi aku akan terus berusaha kearah itu..in shaa Allah..

love rain.....@yna

P/s: maaf dengan entry yang jiwang2 tahap cipan ni..hoho..

Monday, 25 November 2013

Bookmark Dari Kak Kathy Dan Buku Kek Baru



Assalammualaikum..selamat petang..

(Selamat dapat gaji untuk kakitangan kerajaan eh..hehe)


semalam aku pegi rumah kakak aku kat ipoh..baru dapat ambik semua surat surat yang sampai.dan baru la dapat surat dari akak kathy diari resipi..dapat bookmark ok..terima kasih kak kathy ^_^



First time dapat sesuatu dari kawan blog.haha..gembira gembira

Aku jenjalan kat ipoh parade semalam.sudah lain..hehe..lama jugak kut tak balik ipoh.ingat nak beli2 baju..tapi masuk je kedai buku,terus aku beli buku ni..huhu..


Buku kek..haha

Nanti2 baru bw..aku nak buat kek hari jadi.ok...











Sunday, 24 November 2013

Muffin Nangka Pertama Kali



Assalammualaikum..selamat pagi..


Selamat hujung minggu untuk semua.semalam aku kurang pegi bw blog kengkawan..maaf maaf..sebab semalam aku sibuk buat strawberry crepe untuk anak anak sedara aku..,memang aku suka je masak masak.janji ada orang makan.hehe. Ni aku nak tunjuk hasil pertama kali aku buat muffin nangka.memandngkan belen nangka meniaga haritu da sikit lagi,jadi aku cuba cuba buat muffin ni


Nangka yang dipotong dadu..eceh..


Ni hasil muffin nangkanya..walaupun rupanya kurang lawa,tapi lembut dan berasa nangka tentunya..hehe


Semasa dalam pembikinan..boleh cawan kertas aku tak cukup..huhu


Dah tentu masa masak muffin ni,satu dapur bau nangka ok..aku masak je muffin ni..tapi aku tak makan..sebab aku tak makan nangka..ngeh..ngeh..untuk resipi,aku akan update kat entry ni nanti..





GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 DJH





 FATIN | ZARA | HAWA | TETO | VEE | NUR | DJH | FARAHAIN | WANIE ASHA | EMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom sertai GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 anjuran DJH.Pelbagai hadiah ditawarkan seperti SHAWL | FACEMASK | COLLAGEN EYEMASK |KEYCHAIN | FRIDGE MAGNET | TOPUP | dan pelbagai hadiah menaik lagi.
Syarat mudah dan best.Jom ramai-ramai kita menjoinkan diri! Tekan banner untuk sertai!

Mega Giveaway by Mojatcerewet.com


Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com sejumlah RM255 Topup untuk dimenangi! Klik banner atau klik SINI untuk join !

Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com dianjurkan oleh Mojat dan disponsor oleh Adam Faiz,Fatin Farhanah,Munirah Rahman,Aina roseberry,Ana Ahmad,Cik Amal,Kasih Lestari Abadi,Anis AMira,Izyanyancinnamon,Maisarah,Hawa Syazana dan coretanku inpirasiku !

Friday, 22 November 2013

Sugar Cookies Totoro,Panda Dan Kucing Untuk Along



Assalammualaikum..selamat malam..


Ni gambar sugar cookies yang aku dengan anak sedara aku gigih adun adun.lenyek lenyek dan acuan acuankan..bersemangat kami buat ok..sebab aku mana ada acuan acuan bagai..


Sugar cookies totoro hasil acuan aku,panda,kucing dan  potato headhasil acuan anak sedara aku..hehe.kami kembang kembang idung melihat hasilnya ok...

Resipi akan diup nanti eh..


Ni la acuan yang kami buat dari tutup tupperware..guna apa yg ada ja..hehe..

Biskut ni semua kami bagi kat along..anak sedara aku yang menyambut hari lahir dia 8 hb 11 aritu.jadi kami buat buat biskut ni untuk along dengan penuh kasih sayang..sampai lenguh lenguh pinggang melenyek biskut ni..kepada along..selamat ari lahir dan semoga berjaya dalam periksa spm ni..

^_^








Kek Keju Leleh Dengan Strawberry



Assalammualaikum..selamat petang..


Salam jumaat buat semua...memula sekali..maafkan aku sebab suka tunjuk gambar gambar makanan disini yang selalunya akan membuat orang orang yang berkunjung kesini tetiba rasa lapar..haha..makanan yang cantik itu amat mengembirakan hati ok.hehe.kalau dapat makan..lagi tak tau nak cakap camna la..ngee..


Sepotong kecil kek keju untuk tukang masak kek ni..aku la tu..

Aku kurang makan kek kek ni..tapi kek keju ni memang kena sangat dengan citarasa aku.aku makan kek ni rasanya sebijik sorang kut.huhu.kek ni jadi feveret aku sekarang..ngeh..ngeh..


Kek keju yang dah dihiasi dengan strawberry.deko oleh anak sedara aku..nyum2..(kek keju ni dibuat khas untuk anak sedara aku yang sorang lagi)


Kek duduk dalam oven..gebu gebu..



Ni sebelum dideko..hanya ditaburi keju yang diparut



Sesaja je aku letak gambar bebanyak..mesti ada yang rasa lapar lapar dah ni.hehe..

Jadi kepada yang nak rasa kek keju best ni..tempahan dibuka ya.nanti aku akan sertakan resipi dan tips tip untuk buat kek keju ni ok..



Thursday, 21 November 2013

Sugar Cookies Percubaan Pertama



Assalammualaikum..selamat malam..


Gambar percubaan pertama aku buat sugar cookies..atau biskut gula.dah rupa biskut marmar je aku tengok..siap ada yang terlebih masak lagi.(bukan hangit okkk...hehe)


Warna warna pilihan anak sedara aku..ceria sungguh

Aku buat biskut ni dengan dibantu anak sedara aku yang nampak sangat berminat buat buat biskut ni..sekarang aku dah gembira gembira nak buat sugar cookies pulak..sebab aku tengok cantik cantik yang omputih buat..nak kena praktis lagi ni..letak sekeping je gambar nanti kalau aku dapat hasikan yang cantik..baru aku letak gambar banyak banyak..hehehe




Resipi Melon Pan Bentuk Kura Kura



Assalammualaikum..selamatpagi



Bukak blog sengih sengih.hehe.tima kasih dik leyla..letak akak dalam bloglist.terharu tahu..kepada kawan kawan jom terjah blog  dik leyla eh ^_^  
Ni ada resipi kura kura..eh...roti kura kura atau namanya melon pan..aku buat melon pan ni atas permintaan anak sedara aku.aku pun kalau tak tak tau apa bendanya melon pan ni.huhu.rupanya melon pan ni sejenis roti manis dari jepun yang rupanya macam rock melon.memang comey..resipi ni aku ikut dari sini untuk resipi lengkap boleh klik ya..



Melon pan kura kura yang comey..

Bahan bahan doh roti


Yis serbuk segera - 2 sudu kecik
Gula - 1 sudu besar
Air suam - 1/2 cawan

Campur yis dengan gula dalam air suam biar sampai berbuih)

Butter - 30 gram
Tepung gandum - 200 gram
Garam - 1 sudu kecil
Susu tepung - 1 sudu besar
Gula - 1/2 cawan
Telur (dipukul kejap) - 1/2 biji

Campur tepung,susu tepung,gula,garam dan gaulkan.kemudian masukkan yis yang dah berbuih tadi dengan 1/2 telur dan gaulkan sampai jadi doh..kalau melekit tambahkan sikit lagi tepung gandum..gaul gaul sampai tak melekat kat tangan.lepastu baru masukan butter.gaul lagi.kemudian bulatkan doh tu,tutup denagn plastic warp dan biarkan doh tu mengembang dalam 1 jam

Bahan bahan doh biskut

Butter - 60 gram
Gula - 2 sudu besar
Baking powder - 1 sudu kecil
Tepung gandum - 1 cawan
Telur(dipukul kejap) - 1/2 biji
Ada sesetengah resipi guna paste melon untuk bagi rasa melon kat doh biskut ni

Campurkan butter dengan gula,pukul sampai kembang.kemudian masukkan tepung gandum,telur dengan baking powder.pukul sekejap.balutkan doh biskut dengan plastik warp dan simpan dalm peti ais dalam 10-15 minit

Cara cara buat kura kura

Ambil doh roti dan buat bentuk badan kaki,tangan dan ekor kura kura.kemudain ambil doh biskut.lenyek jadi bentuk bulat,gariskan dengan spatula getah macam gmbar kat bawah.kemudian letak atas badan kura kura(doh roti )tadi..biarkan lagi sampai doh roti tu kembang sikit



Atas - Doh roti untuk membentuk badan kura kura
Bawah - Cengkerang yang dihasilkan dari doh biskut


Selalunya melon pan ni diorang buat bentuk macam rock melon la.tapi aku suka bentuk kura kura..nmpak comel je..hehe



Melon pan kura kura yang belum dimasak ^_^

Bakar melon pan ni dalam ketuhar gun api atas bawah selama 20 min atu sampai masak la..suhu 180 darjah celcius.dah siap masak tu..tunggu dia sejuk.celup cengkerang kura kura tu dalam gula castor.dan dah boleh makan.

Aku buat ikut yang aku rasa mudah la.hee..untuk badan kura kura tu menggunakan resipi roti yang biasa aku gunakan.dan cengkerang kura tu gunakan resipi macam resipi biskut je..tu dia rangup rangup




Aku punya melon pan ni tak bape kembung sebab aku tak biarkan doh roti tu kembang lagi.aku terus pegi masuk oven je.huhu..aku dah ngntuk dah time uli kura kura ni..pukui 2 pagi kut..jadi hasilnya tak la berapa memuaskan ati aku..tapi rasanya masih sedap..hehe


Siap je melon pan ni..memang aku sengih sengih..teruja jugak la walaupun dia tak mengembung..untuk percubaan pertama..aku rasa agak mencabar jugakla..sebab kena baca cara cara buat tu sampai berapa kali..huhu.aku akan cuba untuk buat melon pan ni lagi..bersemangat melon..ngeh..ngeh...



Pembuat melon pan..letak sekejap aje..i is pemalu..huhu