Assalammualaikum..selamat petang..
Kat luar mendung aje..nak hujan lagi nampaknya.jadi aku pun bermalas malasan la moodnya..hehe..tapi nak jugak kongsi resipi kek coklat ni dengan kengkawan.kek ni aku buat semalam.dah siap bagi kat jiran jiran.siap jiran mintak penambahan ok.haha.hati gembira je bila makanan yang kita buat,orang makan kan?tapi sebelum tu..harap kawan2 yang menang semalam sila pm aku kat fb ya atau kut email ( adriannasyaz@gmail.com).harap2 boleh pos semua hadiah tu esok.
Kek coklat yang dah dihias penuh berseri dengan whipping cream..ngee..
Bahan bahan
Tepung gandum - 2 cawan
Serbuk coklat - 1 cawan
Sod bikarbonat - 1 sudu kecil
Tepung penaik - 1 sudu kecil
Garam - 1 sudu kecil
Telur - 3 biji
Air nescafe - 1 cawan
Minyak jagung - 1 cawan
Air susu - 2 cawan (aku pakai susu tepung je campur dengan air)
Cara cara
Ayak tepung gandum,soda bikarbonat,tepung penaik,serbuk coklat(gaulkan sekali)dan tambahkn garam
Kemudian bolehla masukkan minyak jagung,telur,air nescafe,dengan air susu.mixerkan sampai sebati.lepas tu boleh la masukkan dalam paper cup ya.panaskan oven 180 darjah celcius dan masak kek ni selam 25 ke 30 minit ikut oven memasing eh..
Kek selepas keluar dari oven.hitam tapi manis..hehe
Silalah cuba resipi ni ya..jngan lupa bagi jiran jiran merasa sikit.hehe.murah rezki nanti.ikut resipi ni boleh dapat sampai 40 biji kek coklat tuk papercup yng sederhana besar tu.