Thursday 31 October 2013

Resipi Cupcake Coklat Bakar



Assalammualaikum..selamat petang..

Kat luar mendung aje..nak hujan lagi nampaknya.jadi aku pun bermalas malasan la moodnya..hehe..tapi nak jugak kongsi resipi kek coklat ni dengan kengkawan.kek ni aku buat semalam.dah siap bagi kat jiran jiran.siap jiran mintak penambahan ok.haha.hati gembira je bila makanan yang kita buat,orang makan kan?tapi sebelum tu..harap kawan2 yang menang semalam sila pm aku kat fb ya atau kut email ( adriannasyaz@gmail.com).harap2 boleh pos semua hadiah tu esok.


Kek coklat yang dah dihias penuh berseri dengan whipping cream..ngee..

Bahan bahan

Tepung gandum - 2 cawan
Serbuk coklat - 1 cawan
Sod bikarbonat - 1 sudu kecil
Tepung penaik - 1 sudu kecil
Garam - 1 sudu kecil
Telur - 3 biji
Air nescafe - 1 cawan
Minyak jagung - 1 cawan
Air susu - 2 cawan (aku pakai susu tepung je campur dengan air)

Cara cara

Ayak tepung gandum,soda bikarbonat,tepung penaik,serbuk coklat(gaulkan sekali)dan tambahkn garam

Kemudian bolehla masukkan minyak jagung,telur,air nescafe,dengan air susu.mixerkan sampai sebati.lepas tu boleh la masukkan dalam paper cup ya.panaskan oven 180 darjah celcius dan masak kek ni selam 25 ke 30 minit ikut oven memasing eh..


Kek selepas keluar dari oven.hitam tapi manis..hehe


Silalah cuba resipi ni ya..jngan lupa bagi jiran jiran merasa sikit.hehe.murah rezki nanti.ikut resipi ni boleh dapat sampai 40 biji kek coklat tuk papercup yng sederhana besar tu.

Wednesday 30 October 2013

Pemenang Untuk Komen Kat Entry Aje



Assalammualaikum..selamat malam

Hehe..ramai kengkawan yang mengomen ni..best2..pasni leh aku buat ga pulak ni.hehe..ni nombor kawan kawan eh..aku dengan tekun tulis nombor kat kertas,gulung2 masuk dalam balang(balang doorgift kenduri kawen..ngee)




1) Rapunzel cikilolo
2)Amyma omar
3) Asha lya
4) Dilaella
5) Nurullai
6)Ain
7) Syazwana
8) Yui
9) Mrs secretary
10) Asha hana
11) Puan kutu
12) Ezan idma
13)Cik itah
14) Risha melon
15) Kisah si dairy
16) Aznor ibrahim
17) Khai♥rin
18) Mama kaori
19) Mieya atiera
20) Deqla manjew
21) Miss anonymous
22) Isabel diaz
23) Sya mimie
24) Lienliendot
25) Nanakimie
26) Emme
27) Suka suka
28) PCL
29) Rasp
30) Miss dilla
31) Kak zakie
32) Jun Aina
33) Leeza eelza
34) Bbwana adienia
35) Fiza rahman
36) Nafira usof
37) Raiorkizuna
38) Lieya von jay
39) Mommy aqil medina
40) Fazleyatul aini
41) Eyma sue
42) Liza licha
43) Kesuma angsana
44) Naomei
45) Malay male
46) Amanina mads
47) Memmetlenggeng
48) Aisha fauzi
49) Anna diera


Dan aku dah goncang2 balang tu dengan gembira2 dan ambil 5 gulungan kertas yang ada tulis nombor kengkawan secara rawak..dan inilah dia..pemenangnya...jeng jeng..


No 30 dapat hadiah klip comey tu.no 11,28,42,16, ada hadiah lain aku bagi nanti.tak jadi bagi sorang je hadiah.sebab ramai kawan kawan yang sporting join komen kat entry aku.aku amat terharu..hehe tima kasih bebanyak eh..kepada yang tak berjaya,nanti kalau aku buat ga,join eh,hee.aku bagi hadiah bebanyak lagi.

Kepada semua kawan kawan yng nombornya tertera tu,sila pm aku kat facebook aku ya(link fb kat atas blah kiri blog aku).bagi alamat dan no tel..secepat mungkin sebab aku nak pos esok paling cepat.






Kawan2 Blog Nak Hadiah Tak?



Assalammualaikum..selamat petang..

Walaupun arini takleh tulis banyak,aku nak tulis jugak..tapi sikit je..ngeh..ngeh..lihat tajuk ya..


Hadiahnya..tak seberapa.hee.

Sebab esok aku nak pos hadiah hadiah fm yang ada kengkawan menang kat GA yui,jadi boleh aku pos hadiah ni sekali.senang je untuk dapatkan klip ni.komen je kat entry ni.lepastu nanti aku tulis tulis nombor atas kertas,letak dalam balang,godek godek dan ambil satu kertas yang ada nombor.(aku tak reti nk guna random apa bagai tu.haha).

Sila sila komen eh kengkawan..

Pukul 8 aku up entry bagitau sapa yang dapat klip comey ni eh..







Tuesday 29 October 2013

Kek Kiwi kedekut Sikit



Assalammualaikum..selamat petang..

Hujan yang amat lebat pagi tadi kat sini..sekarang memang musim hujan dan kawasan yang aku duduk ni kawasan banjir.jadi tiap kali hujan lebat,aku pantau keadaan selalu.takut banjir..hehe.aku takleh nak blgwalking sangat sebab line tenet pun teramatlah lembab..huhu.terima kasih la kepada kawan2 yang sudi singgah2 dan bgi komen kat blog aku ni eh..


Ni la sebab aku bagi nama kek kiwi kedekut sikit..hehe.aku buat separuh bulat je.sebab jiran aku balik kampung,aku risau kek tak abes,jadi aku buat separuh je..hihi.seperti biasa deko2 ikut kesukaan sendiri


Kek kiwi ni aku buat pakai resipi kek vanilla.cuma diletak whipping krim dengan kiwi.jadila kek kiwi..ngee..


Masa pembuatan kek.kek ni sebiji sebenarnya.cuma aku letak setengah bahan dari resipi je.tepung gandum pun x sampai satu cawan aku guna.kek ni sedap.cuma agak masam sikit.aku rasa sebab aku pakai kiwi kurang masak kut.huuu.nanti aku update resipi kek kiwi ni eh.nak bw dulu kejap.



Sunday 27 October 2013

Resipi Bawang Goreng Yang Rangup



Assalammualaikum..selamat malam

Lama takde entry..hoho..aku pemalas sebenarnya..tambah tambah hujan hujan ni kan..hee..tapi tadi tak jadi malas..sebab aku tengok rancangan cu..bit tadi.baba punya rancangan kut.dia ada buat onion ring(macam sedap pulak)tapi aku tak sempat tengok resipi dia.toleh toleh je dah siap..huhu..jadi aku google resipi batter tuk bawang ni.dah nampak macam banyak step pulak.jadi aku sesuka pakai resipi sendiri tuk buat onion ring ni.hehe



Bahan bahan A

Cuka - 2 sudu besar
Garam - 1 sudu besar
Bawang besar - 1 biji

Memula potong bawang bebulat macam ni.lepas tu rendam dalam air garam dan juga cuka.biar seketika

Bahan B

tepung jagung - 1 sudu besar
Tepung kfc - 3 sudu besar
Garam - 1/2 sudu besar
Telur - 1 biji

Cara cara

Ambil bawang tadi,basuh dulu,keringkan sikit.pecahkan telur dalam bawang tadi.masukkan juga tepung jagung dengan garam sekali.gaul gaul sebati.kemudian bolehla lumurkan bawang tu dengan tepung kfc(jangan masukkan tepung kfc dalam telur tu pulak)dan digoreng sampai kuning eh..


Nilah hasilnya..sungguh sedap dan rangup.boleh buat makan macam keropok je ni.untuk sesapa yang alah dengan seafood tu bolehla makan onion ring ni ganti sotong..jimat pun jimat..ngee.hehe..






Friday 25 October 2013

My TopUp Giveaway By Iezwa Razk




Giveaway ini dianjurkan oleh IEZWA RAZK dengan kerjasama daripada blogger-blogger awesome MAWAR BERDURIMOHD NOOR SHAWALANA AHMAD dan ASHYA AZIZ
SENARAI HADIAH :-
Topup RM 5 (10 Pemenang)
Topup RM 10 (2 Pemenang)

Tarikh Tamat : 5 NOVEMBER 2013

MUNGKINKAH ANDA PEMENANG YANG DICARI??
JOIN JANGAN TAK JOIN YE!!

Wednesday 23 October 2013

Resipi Puff With Chocolate Filling



Assalammualaikum..selamat petang..

Tadi aku letak gambar puff..hehe..ingat nak ww..tapi tak jadi la..hehe..kena taip taip jugak..sebab nak bagi resipi kat kawan kawan..ini resipi yang aku buat untuk menghasilkan puff ni..


Nyum nyum..hehe..


Bahan bahan

Tepung gandum - 1 cawan
Telur - 3biji
Air - 250 ml
Gula - 1 sudu
Butter - 100 gram


Cara cara

Masukkan butter dengan gula dalam air,kacau kacau sampai mendidih,pastu terus masukkan tepung gandum.kacau kacau sampai tak lekat kat periuk.


Biarkan sejuk seketika.lepas dah sejuk tu,masukkan telur sebiji demi sebiji sambil putar putar dengan mixer sampai sebati.


Bila dah sebati tu.bolehla letak adunan tu dalam piping beg yang guna nozzle cenggini


Dengan berlapikkan baking paper,pipingkan adunan tu macam ni,nak buat besar ke kecik ke,ikut kegemaran ya..hehe



Dan dimasukkan kedalam oven dengan suhu 200 darjah celcius selama 30 minit.sampai puff ni waena macamni.untuk filling nya pulak cuma putarkan whipping cream non dairy sampai kembang.pastu ambil sikit dan campurkan dengan coklat ganache.gaul sampai sebati.


Bahagian tengah puff ni kosong.jadi aku cuma gunakan nozzle yang kecik untuk letak fillingnya.cuma picitkan sampai terasa puff tu kembung.ada sesetengah resipi,diaorang belah puff ni kat bahagian tengah.


Dan inilah hasilnya..puff dengan coklat filling..mudah dan sedap..bolehla kawan kawan cuba nanti eh..tak payah beli sehinggit satu dah..jimat jimat dan puas makan..hehe..





WW Chocolate Filling Puff



Assalammualaikum..selamat petang..

Gambar makanan lagi..hoho...buatan sendiri..kalau beli kat tesco sebijik sehinggit..mahal tahu..


Nanti resipi akan disertakan eh..




Tuesday 22 October 2013

Membuat Daun Dan Rose Dengan Buttercream



Assalammualaikum..selamat malam..

Harap semua yang membaca jangan merasa bosan nak ke blog aku..sebab asyik asyik cerita pasal makanan,kek..huhu..disebabkan minat aku sekarang lebih ke arah membaking ni..jadi blog ni akan penuh dengan gambar gambar sebegini je la..hehe..arap pembaca2 semua bertabahla tengok gambar gambar makanan dan juga kek ..ngeee hehe..


Ini dia...inilah hasil percubaan pertama aku buat bunga rose(tetiba teringat kak rose)hehe dengan menggunakan buttercream..ngeh..ngeh..aku sengih sengih tengok rose ni walaupun tak berapa perfect tapi dah cukup membanggakan bagi aku ni...huuu..


Ni pulak daun yang aku buat juga menggunakan buttercream..aku hentam je picit2 buttercream tu..haha jadila macam macam jenis daun..yang tak menjadi pun ada..hoho


Tayang sekali lagi rose buttercream percubaan pertama ni..ati berbunga bunga macam rose ni jugak..aku belajar ni kut youtube.hehe.aku nak pergi kelas deko deko kek,aku tak tau kat mana..wuu..jadi aku belajar je la sendiri..kalau ada kawan2 yang tau kelas2 deko kek yang ada,nanti bagitau la aku..aku nak join..bersemangat ni dengan hobi baru aku ni.disamping dapat menghasilkan sesuatu yang cantik cantik,perut pun kenyang..hohoho..



GIVEAWAY JOM MENANG



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Gambar Kek Oren Lagi (Resipi Nanti Update Eh)



Assalammualaikum..selamat petang...

Pagi tadi baru dapat bw blog kengkawan..baru line ok ok sikit..apa yang aku cadang nak post semalam tak jadi,hari ni la aku post eh..sila jangan geram kat aku sebab pos gambr kek hingga menyebabkan kawan2 merasa lapar tetiba..hehehe..



Kek oren yang hebat..dengan hiasan tambahan..felling macam chef antarabangsa ni..haaa


Resipi kek ni,aku guna resipi yang sama untuk kek lemon cuma tambahkan air perahan oren dalam 3 sudu dan juga sikit kulit oren yang disagat/diparut.pastu tambah jugk sikit tepung.sikit je..jangan sampai satu cawan pulak..huhu 


Masa aku letak coklat ganache atas kek ni,aku telah menggunakan lapik dawai yang aku beli kat daiso..sebagai redai..haha..dawai tu sebenarnya untuk panggang2 ikan.tapi disebabkan aku ni takde redai bagai,aku gunakan dia sebagai alternatif.gelak2 aku sesorang.hentam je,janji kek aku siap.


Gambar semua diambil ketika mendung ni.jenuh aku cari tempat pengcahayaan..huhu..aku sukakan gambar makanan yang cecantik.hee..masa aku duk ambil gambar ni,ada je yang dah tak sabar sabar nak makan kek,abes je posing,terus sambar pinggan kek,terus dingap..haish..seronok sangat dia..

Kepada penggemar kek,silalah cuba kek oren dengan coklat ganache ni ye..memang tak menghampakan..aku makan kek ni sambil minum milo lagi..hehe






Monday 21 October 2013

GA OKTOBER 2013 NURUL YUI



Asslammualaikum..selamat petang..


Wuuu..line tenet teramat la slow....aku sampai pegi duk bertinggung kat depan longkang rumah punya duk cari line tenet..huhu.tekanan.nak bw blog kengkawan pun pelan pelan je ni..huuu

Mari mari...kita join ga dari yui..gigih aku pun nak join jugak..hehe..



Banyak hadiah hadiah menarik yang ditawarkan..jadi jangan lupa support dan join eh..

^_^






Kek Oren Dengan Coklat Ganache



Assalammualaikum..selamat pagi..

Selamat bekerja kepada yang bekerja..yang tak keja..sila cari aktiviti untuk dibuat..klau tak nanti boring..ngee...semalam aku ada letak gambar buah buah untuk teaser...(aceh....hehe).aku memng suka makan buah buah tu semua..terutama kiwi.tapi sejak2 semakin muda ni,wah mudanya...aku kurang suka makan buah yang masam masam..aku suka yang manis manis je.hehe.sebenarnya buah yang aku potong semalam tu khas untuk deko kek ni..


Kek oren disaluti coklat ganache dan whipping cream sebagai fillingnya....

Asyik masak kek je aku ni eh..hee..aku nak menghabiskan stok buah dan bahan kek yng masih ada sebenarnya.risau kalau tak pakai nanti,expired dah rugi pulak buang.masak masak kek,dapat jugak aku makan,pastu jiran aku pun turut kenyang sekali..hehe.berkongsi rezeki la katakan..


Semasa proses pembuatan


Cuaca mendung je..jadi gambar kek ni pun agak mendung.huhu

Sesapa yang suka makan zip perisa oren tu mesti suka kek cenggini..rasa lebih kurang sama dah ni ha..he..resipi aku guna yng sama macam kek lemon..cuma aku tambah tepung sikit lagi.deko pun macam biasa..aku sesuka je letak semua buah kat atas..boleh hero aku cakap ni kek kipas..ceh..susah payah aku pikirkan cara tuk deko kek ni tahu..

Hitam la hitam si tampuk manggis,sungguh pun hitam kupandang manis..(macam kek ni..walaupun hitam.tapi manis.rasa dia memang hebat....)

P/S:penulisan aku ni ayat berpusing2 eh...hehe..takpala..janji paham sudah ^_^




Sunday 20 October 2013

Buah DiHari Minggu



Assalammualaikum..selamat tengahari..

Hujung hujung minggu...banyaknya keja kena buat...lipat,sidai,sapuh,basuh,masak..huhu...malas boleh tak...dah la masak bihun tadi bihun aku jadi pendek pendek..huhu..memang dari dulu tk pass aku ni masak bihun goreng..(gambar tak boleh dipaparkan sebab sangat lawa..hehe)aku tunjuk gambar ni aje...teaser2..


Asyik asyik buah je aku ni eh..hehe...dah tu ni je yang banyak dalam pegi ais aku..ok..selamat berhujung minggu semua...



Friday 18 October 2013

Resipi Kek Lemon Yang Gebu Dan Enak



Assalammualaikum..selamat petang..

Hehe..tajuk kemain lagi ya..tadi gambar kek yang belum dipotong..sekarang yang dah dipotong pulak..berserta dengan resipi nya sekali.ada macam macam versi resipi kek lemon ni..tapi aku ikut resipi yang ni..sebab hasilnya gebu dan enak sekali..hehe..



Sekeping kek yang enak..hehe..promosi ni..

Bahan bahan

Tepung gandum - 1 cawan
Butter - 1 cawan
Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
Tepung penaik - 1 sudu kecil
Gula kastor - 1 cawan
Pewarna kuning - ikut suka nak kaler pekat ke tak
Esen vanilla - 1 sudu kecil
Telur - 3 biji

Cara cara

Tepung dengan soda dan tepung penaik diayak dulu.ketepikan.butter dengan gula mixer sampai kembang,bila dah kembang masukkan telur dan esen vanilla.mixer sekejap.kemudian bolehla masukkan tepung yang dah diayak tadi.baru masukkan pewarna kuning tadi

Bila dah sebati( putar sekejap je)bolehla dimasukkan dalam oven..letak suhu 180 darjah celcius..bakar dalm kira kira satu jam..ikut oven masing masing ya..



Dan bolehlah dihiasi ikut sesuka hati..aku letak filling kat tengah tu sikit sangat..huhu.jadi tak berapa nampak 2 bahagian kek tu.sebab lemon filling tu pun warna kuning..kalau suka letak fresh krim kat tengah tu pun ok.bertambah sedap


Nampak tak lemon filling yang tersangat nipis tu..huhu..aku suka kek lemon ni..nanti2 boleh buat lagi.lagipun resipi dan bahan kek dia amat mudah dan senang didapati..sesapa yang suka kek masam masam manis,haruslah mencuba kek ni..gerenti puas hati..hehe..



Kek Lemon Dengan Lemon Filling



Assalammualaikum..selamat pagi..

Salam jumaat kepada semua..semalam aku ada buat lemon filling.dibuat khas untuk aku sesuatu..ceh..hehe..aku nak buat ni sebenarnya..(kepada sfaezah..yeay..anda betul..(^_^)


Kek lemon dengan lemon filling dah semestinya..


Kek ni dh siap semalam sebenarnya.tapi sebab pencahayaan kurang baik tuk aku ambil gambar,aku peram dulu kek ni dalam lemari es.hehe.berangan macam pro2 ambil gmbar je..hehe


Aku teruja dengn kek ni sesangat.jadi aku ambil gambar kek ni bebanyak..ni pertama kali jugak aku buat kek lemon ni.alhamdulillah menjadi.aku duk sengih sengih je tiap kali tengok kek ni..hehe..boleh camni..


Deko deko kek ni pun aku main hentam je..aku tak reti..huhu.aku letak lemon dengan oren yang dipotong kecik untuk menimbulkan efek 3d..erk...sesuka je..haha..yang pin gantung gantung kecik tu sekadar hiasan.cantik kan?kalau ada kengkawan yang nak..nanti kut kut aku buat ga,aku bagi eh..


Aku letak lagi gambar kek lemon ni..sila tengok eh.ni kat kedai kek lain takde deko cenggini ni.hehe..ramai dah yng menanti tuk mengap kek ni dari semalam ni.tapi aku suruh sabar dulu..bagi aku ambil gmbar dulu.hehe..karang ni nak kena potong dah la kek cantik aku ni..sebab semua dah mula buat muka kesian nak makan kek..ngee...





Thursday 17 October 2013

Resipi Lemon Filling



Assalammualaikum..selamat petang..

Hari ni mendung je..jadi aku pun rasa ngantuk..dah la demam pun tak baik baik lagi.huhu..aku malas nak tido je..nanti sakit sakit badan pulak..jadi aku belek belek resipi macam biasa..ini dia..menda yang aku buat tadi..hehe.



Lemon filling


Ni bahan bahan nya

Bahan bahan

Telur - 3 biji
Butter - 3 sudu
Gula - 140 gram
Garam - 1/2 sudu kecik
Lemon - 1/2 biji diperah ambil air saja

Cara cara

Campurkan telur,gula,garam dengan air perahan lemon.gaul gaul sampai sebati.kemudian letak dalam loyang.dengn menggunakan kaedah doubl boiler,kacau kacau campuran ni sampai agak likat

Pastu angkat,masukkan butter dengan kulit lemon yang disagat sikit..kacau kacau sampai sebati..dah siap..sila tutup dengan plastik supay tak keras nanti eh..


Ada yang nak dibuat dengan lemon filling ni tahu..aku malas nak kuar pegi kedai nak beli filling ni.tu aku buat.kebetulan bahan bahan dah memang ada kat rumah ni..nanti aku bagitau nak buat apa eh..



Wednesday 16 October 2013

Sunday 13 October 2013

Kek Moist Dengan Coklat Ganache Dan Whipping Cream



Assalammualaikum..selamat petang..

Tajuk..kemain aku letak panjang2.hehe.takde keje..aku buat kek moist semalam berserta durian crepe dan mini pavlova untuk jual.jadi belen kek coklat moist yang ada dalam peti ais tu harini aku letak whipping cream dengan coklat ganache.aku nak makan je ni.hehe jadi abaikan deko yang tersangat lawa ni..



Lihat coklat tu...meleleh la sangat..hee


Dihiasi dengan strawberry dan kiwi belen untuk pavlova..guna semula..aku dah ngap kek ni..hehe..nyum2..


Crepe kiwi,durian dengan mini pavlova yang buat untuk jualan semalam..terima kasih kepada yang sudi beli ya..seronok sangat bila kita masak,ada orang yang sudi makan..

Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada kengkawan semua..jangan makan bebanyak sangat nanti kena diet pulak..hehe.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...