Showing posts with label Hijau. Show all posts
Showing posts with label Hijau. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

Mari Berkebun Sayur




Assalammualaikum..selamat sejahtera..



Maaf sebab x bw blog kengkawan lagi..aku sibuk sikit.huhu..semalam ada tempahan pavlova.nyum2..aku pun memakan jugak la pavlova tu sikit..yang belen2.hehe..arini takdak ceta kek,cerita pasal berkebun pulak..aku memang suka berkebun.jadi aku curi2 masa sikit untuk berkebun ya.mana tau kut kut dapat la secekak dua sayur tanam sendiri..ngeh ngeh..



Beli benih kat tesco ja..nanti aku nak beli online plak.banyak sikit pilihan



Anak benih sawi.yang atas tu lepas 3 ari disemai.bawah seminggu



Bayam merah.yang atas lepas 3 ari semai.bawah seminggu



Kailan.yang atas lepas 3 ari disemai.bawah seminggu.


Aku semai biji benih cabai dengan basil.tapi tak naik lagi pun..aku jenguk la tiap2 ari..wuuu.anak2 pokok sayur ni aku nak pindah ke pasu lain nanti.nanti2 boleh jadi tokey sayuq pulak ni..hehehe..wah..wah..























Friday, 20 December 2013

Daun Hijau Dan Quote




Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Kat sini hujan..lebat sekejap je..lepastu dah berenti..bila hujan,aku rasa blur blur je.hoho..sebab tu tak bw blog kengkawan lagi..nanti aku round2 ya.dan tima kasih untuk kata kata semangat dan nasihat dari kawan kawan.aku akan sentiasa tabahkan hati aku ni.chaiyok2 untuk diri sendiri.

Aku snap2 gambar sebab bila aku tengok gambar yang aku rasa cecantik,gerenti aku sengih sorang2.walaupun aku terpaksa bertinggung bagai hanya untuk dapat sekeping gambar,aku sanggup.mungkin ni salah satu cara untuk aku lepaskan tekanan kut.huhu.


Gambar yang aku ambil kat depan rumah kakak aku ni..titis air atas daun dan quote yang aku edit kat tepi.aku hentam je.hee..hee


Kawan kawan pilih sendiri la,samada berwarna yang ok atau black white..aku letak 2,2 gambar untuk kawan kawan bandingkan..nanti bagitau la aku yang mana satu menjadi pilihan,dan kenapa..aku nak tau jugak.kita kan kawan kawan,jadi aku nak lebih mengenali kawan kawan aku..orite..


nanti aku upload lagi gambar dan quote bikin sendiri..




Tuesday, 22 October 2013

Membuat Daun Dan Rose Dengan Buttercream



Assalammualaikum..selamat malam..

Harap semua yang membaca jangan merasa bosan nak ke blog aku..sebab asyik asyik cerita pasal makanan,kek..huhu..disebabkan minat aku sekarang lebih ke arah membaking ni..jadi blog ni akan penuh dengan gambar gambar sebegini je la..hehe..arap pembaca2 semua bertabahla tengok gambar gambar makanan dan juga kek ..ngeee hehe..


Ini dia...inilah hasil percubaan pertama aku buat bunga rose(tetiba teringat kak rose)hehe dengan menggunakan buttercream..ngeh..ngeh..aku sengih sengih tengok rose ni walaupun tak berapa perfect tapi dah cukup membanggakan bagi aku ni...huuu..


Ni pulak daun yang aku buat juga menggunakan buttercream..aku hentam je picit2 buttercream tu..haha jadila macam macam jenis daun..yang tak menjadi pun ada..hoho


Tayang sekali lagi rose buttercream percubaan pertama ni..ati berbunga bunga macam rose ni jugak..aku belajar ni kut youtube.hehe.aku nak pergi kelas deko deko kek,aku tak tau kat mana..wuu..jadi aku belajar je la sendiri..kalau ada kawan2 yang tau kelas2 deko kek yang ada,nanti bagitau la aku..aku nak join..bersemangat ni dengan hobi baru aku ni.disamping dapat menghasilkan sesuatu yang cantik cantik,perut pun kenyang..hohoho..



Tuesday, 8 October 2013

Pokok Mulberi Berbuah Lebat


Assalammualaikum..selamat petang..

Hujung minggu yang memenatkan aku.huu..kesana sini menyetelkan beberapa perkara.tapi aku masih sempat jugak buat durian crepe untuk kakak ipar aku,anak anak sedara aku.niat aku buat durian crepe tu untuk menenangkan perasaan kak ipar aku yang tengah dilanda pelbagai masalah sekarang.aku harap dia dengan anak2 sedara aku dapat bertabahlah.makanlah durian crepe tu dan lupakan sekejap masalah yang ada..hee..

Cerita harini..pasal buah mulberi..aku suka sangat buah ni..hehe..sejak aku mula mula ternampak cerita pasal buah ni kat sebuah blog tanaman..memang aku sangat sangat terpikat.sebab kan selalu buah buah beri ni nak tempat sejuk je..jadi bila aku tengok buah ni,aku felling omputih jap.haha




Balik rumah mak,aku terpandang pokok buah ni depan umah mak.mk bagitau jiran datang cucuk batang pokok mulberi depan rumah dia.elok je tumbuhnya.dan dah berbuah dah pun


b n w mulberi



Sebelah kiri tu pokok depan rumah mak,belah kanan tu pokok jiran
mak.



Ni gambar yang aku gigih ambil kat jiran yang datang tanam batang mulberi kat rumah mak tu.aku teruja sangat dapat tengok buah mulberi.hehe.first time dapat tengok betul2.selalu tengok gambar je.



Memang berbuah dengan sangat lebat.aku tak tau apa baja jiran mak ni bubuh.tapi makncakap nak bagi buah dia banyak kena selalu pangkas je.gerenti lebat buahnya nanti



Pokok mulberi ni ada la tinggi sikit dari porch depan rumah.tapi sangat banyak buahnya.daun daun dia pun gemuk2



Aku duk terbayang letak mulberi ni atas pavlova..tentu sangat enak ni..nyum nyum..nasib baik pokok jiran..kalau tak..haha..mak aku cakap takpe ambil je..kalau aku ambil,aku sapu sampai licin buah mulberi tu..hehehe.nangis nangis jiran mak karang.



Ni butir butir buah mulberi.berlapis lapis

jadi aku suruh mak ambil sikit je.aku nak rasa.masam2 sikit.yang dah hitam2 tu manis.ku pegang je buah mulberi tu punya lama..duk belek2..sayang nak makan sebab cantik sangat aku rasa.hehe..

Nanti aku pun nak cari nursery yang ada jual keratan batang mulberi ni..nak try tanam kut kut boleh berbuah lebat cam pokok jiran mak tu.




Tuesday, 1 October 2013

Anak Pokok Zinnia & Cypress Vines



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku pegi jalan jaln depan rumah tengok anak pokok bunga yang ku semai haritu..alhamdulillah..semakin besar dah anak2 pokok zinnia.aku semai dalam lima bijik pasu..amik kau.semua rapat rapat pulak tu.dah besar sikit nanti baru aku nak jarangkan dia.



B n w zinnia



Comelkan..hehe..ada banyak anak pokok bunga ni.aku nak bagi kat jiran sikit.sebab dia pun tengah aktif berkebun tu


Sebelah kiri benih zinnia.sebelah kanan benih cypress vines



Ni pulak anak pokok bunga cypress vines.nama malayu aku tak tau.kut bunga bintang kut.pokok dia jenis menjalar dengan bunga warna merah,pink dengan putih.tapi yang aku semai ni warna merah.ni memang masa mula mula keluarkan daun dia kerepot sikit..hehe.jadi jangan cabut pulak bila dia keluar daun cenggini.


Ni bila daun dah elok berkembang.bunga cepat tumbuh dan cepat berbunga.aku suka letak bunga ni kat pagar..nanti pagar nmpak hijau hijau dan merah je..


Google image

Camni la bunganya.dulu dulu mak selalu tanam kat depan rumah.sekarang jarang nak tengok orang tanam bunga ni dah.dulu satu kampung penuh bunga ni depan pagar.hehe..




Friday, 27 September 2013

Japanese garden@colmar tropicale,bukit tinggi



Assalammualaikum..selamat petang..

Sambung cerita pasal taman jepun yang turut terletak dalam kawasan Colmar tropicale resort bukit tinggi..



Lepas cek out,aku terus pegi japanese village sebab aku ada terbaca di blog blog yang tempat ni menarik..cuma ikut papan tanda ya..


Banyak tempat boleh pergi pusing pusing


Kereta tak boleh bawak naik sampai atas ok..huhu..kena parking kat tempat parking..kemudian sila memenatkan duri naik tangga ni.aku berenti 3,4 kali jugak kut.letih tu..


Sampai kat atas ni memang aku bercekak pinggang la..letih letih.maklumla dah tua tua ni takda stamina..huhu..aku tengok ada 2 orang remaja chinese siap lari lagi masa naik tangga tu..wuu..hebat tahu..


Gambar bukit dan jugak pucuk paku zaman dinasour kegemaran aku ni..pokok ni selalu aku tengok kat cameron..


Sepanjang jalan mendaki jalan ni,ada pokok bunga ni ya..cantik2,pinky2.huhu


Sila pergi kemana tempat yang disukai eh..hehe.aku pergi japanese garden.nak felling ala ala kat jepun kejap..hee


Sila naik tangga lagi..masa ni lutut aku memang dah rasa lemah gemalai dah..tapi kuteruskan jua.alang alang dah sampai kan..


Ambil gambar lumut sebenarnya..hee



Pintu gerbang masuk ke taman jepun


Gambar ni pun aku amik ye..sampai tertonggeng tonggeng..hehe


Pokok pegaga pun ada kat sini..



Tangga dan tangga lagi.huhu



Ada nampak diaorang letak tali tali..ada menda diaorang nak buat lagi kut tuk mencantikkan taman ni..


Air sungai yang mengalir perlahan..mendamaikan...wah...hehe


Ni dah nampak macam jepun kan?buluh tu trademark tu..aku tak amik gambar rumah jepun sebab ada orang dalam tu..aku segan..huhu..boleh masuk dalam rumah tu dan sewa kimono rm20.boleh la bergambar pakai kimono perasan mulan.tapi aku tak la..sebab panas dan penat.tak rajin aku nak salin salin baju.jadi aku jalan jalan je.


Ada ikan kap yang gemuk gemuk dalam kolam ni.geram aku.hehe



Cantik kan?

Ni pun aku jalan tak habes sebenarnya..tak larat dah la..hu.tempat ni sesuai sangat untuk jungle tracking.memang nyaman la.tapi bagi orang macam aku yang sentiasa berkepit dengan inhaler ni,aktiviti macam ni tersangatla memenatkan..hehe..


Ni masa dah sampai kat bawah.ada kedai jual air,aiskrim dan cenderamata.air mineral kat sini botol kecik rm3.hu..mahal2..restoran pun ada..tapi mahal jugak..jadi,sila bawak bekalan roti dan air sendiri ya..haha..

Ok tu je aku dapat kongsikan gambar gambar ke taman jepun.aku ni tak pandai nak bercerita..maaf2.tak boleeh jadi tour guide yang bagus aku ni.hoho..jadi kengkawan sila lihat gambar gambar yang ada eh..

"Kulihat hijau"



anak bunga zinnia



Assalammualaikum..selamat pagi..

Salam jumaat..benih zinnia berlapis yang disemai kelmarin dah pun tumbuh..semalam dah nampak hijau sikit.hari ni semua pasu dah hijau.alhamdulillah..elok lagi benihnya..


Nanti dah besar sikit,baru aku nak jarak jarakkan anak pokok ni..aku memang peminat tegar bunga zinnia ni..ngee...




Camni bunga zinnia yang aku semai ni..cantikkan?






Tuesday, 24 September 2013

Aktiviti berkebun sampai lenguh..



Assalammualaikum..selamat petang..

Aktiviti yang aku buat 2,3 hari ni...memandangkan aku amat bosan kat rumah..nak buat kek,biskut semua tak boleh sebab barang2 semua kat rumah mak lagi...wuuuuu....boleh camni......jadi aku cari aktiviti nak dibuat..aktiviti berkebun..huhu..pergi hardware beli kain hitam orkid tu yang murah2 dan suruh bos pasang..nanti takdela pokok pokok aku nanti kena panas..sebab kat rumah aku ni kalau petang memang panas sesangat..dan aku beli pokok untuk letak kat pagar dengan depan rumah..beli budget2..belum gaji lagi tahu..haha..



Apa nama pokok ni aku tak tau..tapi ku suka..sebab dia hijau hijau je...sepokok rm5..aku tanam letak dalam pasu depan rumah.


Pastu pokok ni.mak ku panggil pokok bunga proton saga..pasai pa aku tk tau..huhu..pokok ni aku beli letak kat tepi pagar sebab pokok ni cepat membiak.tengok mak aku tanam dulu..



Hehe..saja aku test2 nak jadi potograper yang pro.haha..


Benih benih yang aku rendam dulu sebelum disemai.aku selalu buat camni je..semua biji benih pun aku buat camni.huhu..yang ada sawi,bayam,bendi,cabai,selasih,kailan dengan sawi pendek.esok boleh semai dah ni


Ni pulak benih zinnia yang berlapis lapis.aku ambil biji benih ni kat kedai mkan kawan aku.cuba semai kut mau naik..haritu aku dah semai,tapi emy dah rompak bawak balik ipoh..ceh...

Nila aktiviti aku sebab tk boleh nak membaking..wuuu..berkebun angkat pasu,buang buang rumput lenguh habis badan aku.berkebun 3 jam,aku baring 3 hari.hoho..pemalas kan?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...