Showing posts with label kek keju leleh. Show all posts
Showing posts with label kek keju leleh. Show all posts

Monday, 12 May 2014

Kek-Kek Semalam



Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Kat sini mendung ja..jadi memang buat aku rasa mengantuk sesangat..wowo..Tambah aku makan ubat selsema lagi tadi.ni ku buh gambaq2 kek yang aku buat semalam..aku rasa aku ken belajar lagi deko2 kek ni.aku nak kek2 aku nampak lelawa..hehe..


Blueberry cheeecakes yang kawan aku ita tempah..satu tuk mak dia satu tuk mak mentua dia..bagus.baik bangat ni.hehe


Kek coklat keju yang ramai peminat ditempah kawan dari sekita sini jugak tuk mak dia.aku letak cherry.deko pelik..huhu


Kek oren yang ditempah kawan aku ju untuk harijadi dia.syok sangat dia dengan kek oren


Kek pandan kat atas kek oren tu.dan salut dengan coklat..gambar dah siap takde..x sempat nak amik.sebab aku nak cepat hanta kek ni.huhu


Kek pandan keju untuk kami..mak aku dah bagi setengah kat jiran.kenyng jiran aku makan kek cenggini..hehe..

Memang bersemangat aku masak kek2 ni.aku duk dapuq ja ni..ha.bila kek siap,aku sengih2.haha..perangai kan?ni klau sesapa tanya aku boyfriend ada ka?sapa?aku cakap kek.hehe..i luv u kek..ngeh2..









Thursday, 28 November 2013

Resipi Dan Tip Kek Keju Leleh




Assalammualaikum..selamat malam..


Ini dia resipi kek keju dan jugak tips yang aku nak kongsikan.memang banyak resipi kek keju ni.tapi aku buat ikut versi yang aku rasakan sesuai dan gunakan barang barang yang ada kat dapur.resipi yang mudah walaupun macam nampak banyak bahan








Bahan bahan kek

Tepung rose - 160 gram
(kalau takde letak tepung gandum 100 gram + tepung jagung 60 gram)
Baking powder - 1 sudu kecil
Ovalette - 1 sudu besar
Gula castor - 100 gram
Telur - 4 biji
Kuning telur - 2 biji
Butter (sya guna buttercup)- 3 sudu besar(dicairkan)
Air sejuk - 50 ml
Esen vanilla - 1 sudu kecil

Cara cara

Tepung rose(tepung gandum+jagung)dan baking powder diayak.
selepas tu masukkan ovalett,air sejuk,telur,kuning telur,gula castor,esen vanilla dan putarkan dengan mixer sampai kembang.bila dah kembang tu baru masukkan butter yang dah dicairkan terlebih dahulu eh.
gaul gaul sampai sebati..kemudian boleh la masuk dalam loyang dan dibakar guna suhu 180 darjah celcius selama sejam guna api atas bawah.ikut oven memasing eh..kalau atas kek dah coklat2 tu dah masak la..

Bahan bahan topping keju

Whipping krim uht - 50 ml
Susu pekat - 150 ml
Keju yang dah diparut - ikut kesukaan(kalau cheesecream 250gram)
(Sepatutnya guna cream cheese.tapi takde kat dapur dan aku rasa buat resipi camni pun dah cukup sedap)

Cara cara

Masukkan je semua sekali dan kacau2 guna mixer sampai sebati(kalau nak lagi cair,masukkan ja susu cair lagi..tapi lagi manis la..)pastu bleh la letak atas kek yang dah siap dan sejuk tadi..

TIPS

- gunakan air sejuk dari peti ais
- jangan lengserkan loyang dengan butter atau marjerin atau planta gunakan baking paper ja kat bawah sebagai pelapik.kalau takde baking paper,takyah letak apa2.hee
- terbalikkan kek ke atas redai 5 minit selepas dikeluarkan dari oven
- guna lidi untuk cek kek dah masak ke belum.kalau belum masak tepung akan melekat kat lidi
- cairkan butter dalam kuali je.hehe.jangan tunggu dia cair pulak
- satu adunan ni bleh dapat 2 kek loyang 8 "




Kek keju ni bagi aku memang sangat sedap dan kena dengan selera aku..bagi bintang 10/10.hehe.tapi memang agak manis ya kek ni..memang kena potong kecik untuk menikmatinya eh..ambik bebesar memang akan terasa muak la..buat dessert selepas makan memang sesuai.harap2 kengkawan yang cuba kek ni menjadi eh.ada apa apa pertanyaan tanya je aku ok..



Friday, 22 November 2013

Kek Keju Leleh Dengan Strawberry



Assalammualaikum..selamat petang..


Salam jumaat buat semua...memula sekali..maafkan aku sebab suka tunjuk gambar gambar makanan disini yang selalunya akan membuat orang orang yang berkunjung kesini tetiba rasa lapar..haha..makanan yang cantik itu amat mengembirakan hati ok.hehe.kalau dapat makan..lagi tak tau nak cakap camna la..ngee..


Sepotong kecil kek keju untuk tukang masak kek ni..aku la tu..

Aku kurang makan kek kek ni..tapi kek keju ni memang kena sangat dengan citarasa aku.aku makan kek ni rasanya sebijik sorang kut.huhu.kek ni jadi feveret aku sekarang..ngeh..ngeh..


Kek keju yang dah dihiasi dengan strawberry.deko oleh anak sedara aku..nyum2..(kek keju ni dibuat khas untuk anak sedara aku yang sorang lagi)


Kek duduk dalam oven..gebu gebu..



Ni sebelum dideko..hanya ditaburi keju yang diparut



Sesaja je aku letak gambar bebanyak..mesti ada yang rasa lapar lapar dah ni.hehe..

Jadi kepada yang nak rasa kek keju best ni..tempahan dibuka ya.nanti aku akan sertakan resipi dan tips tip untuk buat kek keju ni ok..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...