Showing posts with label berkebun. Show all posts
Showing posts with label berkebun. Show all posts

Monday, 7 December 2015

Eksperimen Bunga Telang dan Pokok2 Yang Ada



Assalammualaikum..selamat sejahtera..

Macam biskut lagi..bhahaha..sebulan sekali baru aku update entry,,bgusla.hahaha..aku sangat sibuk..dan da sikit2 personal matter yang kena diuruskan..nak sangat aku menaip kat sini..cuma kekdg waktu tu tak mengizinkan..dan aku takdak idea nk menulis pun..wuuu...kali ni takde ceta pasai kek..kali ni pasai eksperimen bunga telang aku dan pokok2 yang aku ada bela2 keliling rumah..


Ni air bunga telang depan rumah sebelum perah limau


Ni lepas perah limau..jd warna ungu..perah lebih sikit g jd warna pink.hehe

Takde keje ja pi wat eksperimen ni.bhahaha..boleh minum okeh air ni..try la ^_^



Pokok mulberri aku berbuah banyak..dari mula keluar daun sampai sekarang..pokoknya takat betis je pun..hehe



Pokok markisa aku..pun kecik jugak..tanam dalam pasu..pun takat betis ja..dah pandai berbuah sebijik ni.


Aku semai sawi bunga..nak jimat beli sayuq la katakan..haha..jimat la sangat tau..

Sesaja aku cari hobi lain2 pula..kekadang tensen jugak bila mengadap benda yang sama ja hari2..so aku cari lain punya hobi dan sekaligus hilangkan stress aku ni..bila tengok hijau2 bila tengok apa yang aku semai,tanam menjadi..mana tau kut kut nanti boleh pulak aku bukak nursery pokok sendri.,haha..nanti boleh la geng 2 mai membeli kat aku..bakery sekali dengan nursery..cambest ja kan?.hehe..

Aku kat tempat keje ni,,tapi tak wat keje pun..gila punya pemalas..wuuuuu..kena cari semangat tuk rajin blik ni..muahahaha.. ok la..ada data tenet banyak nanti,aku bw blog kengkawan yang ada okeh..



Wednesday, 14 May 2014

Mari Berkebun Sayur




Assalammualaikum..selamat sejahtera..



Maaf sebab x bw blog kengkawan lagi..aku sibuk sikit.huhu..semalam ada tempahan pavlova.nyum2..aku pun memakan jugak la pavlova tu sikit..yang belen2.hehe..arini takdak ceta kek,cerita pasal berkebun pulak..aku memang suka berkebun.jadi aku curi2 masa sikit untuk berkebun ya.mana tau kut kut dapat la secekak dua sayur tanam sendiri..ngeh ngeh..



Beli benih kat tesco ja..nanti aku nak beli online plak.banyak sikit pilihan



Anak benih sawi.yang atas tu lepas 3 ari disemai.bawah seminggu



Bayam merah.yang atas lepas 3 ari semai.bawah seminggu



Kailan.yang atas lepas 3 ari disemai.bawah seminggu.


Aku semai biji benih cabai dengan basil.tapi tak naik lagi pun..aku jenguk la tiap2 ari..wuuu.anak2 pokok sayur ni aku nak pindah ke pasu lain nanti.nanti2 boleh jadi tokey sayuq pulak ni..hehehe..wah..wah..























Sunday, 3 November 2013

Pokok Zinnia



Assalammualaikum..selamat petang..

Hujan pepagi lagi..kelam kabut aku g angkat kain baju..huhu..semalam pegi pusing2 kat pantai puteri je..nak ke bandar melaka memang tidaklah..jem gila kut..biasala malam2 minggu..pegi pasar malam beli ayam dengan ikan dan juga nanas..konon nak buat ikan dengan nanas panggang..hehe..makan je..mana tak bertambah kilo ni..huhu..ok cukup2.ni aku nak tunjuk pokok zinnia yng aku semai aritu..


Daun memang sgt besar2tapi takde bunga lagi pun..


Mungkin sebab daun dia besar sangat bunga taknak keluar kut kan..

Aku semai 5 pasu..yang ada sekarang 3 pasu je..sebab aritu tuan rumah aku pegi meracun dengan pokok pokok bunga aku dia sembur sekali..cait..boleh dia camtu..dia ingat rumput rampai ke?karang aku nak pegi cari baja bunga.nak letak kat pokok zinnia ni.bagi berbunga bebanyak.. :)



Tuesday, 8 October 2013

Pokok Mulberi Berbuah Lebat


Assalammualaikum..selamat petang..

Hujung minggu yang memenatkan aku.huu..kesana sini menyetelkan beberapa perkara.tapi aku masih sempat jugak buat durian crepe untuk kakak ipar aku,anak anak sedara aku.niat aku buat durian crepe tu untuk menenangkan perasaan kak ipar aku yang tengah dilanda pelbagai masalah sekarang.aku harap dia dengan anak2 sedara aku dapat bertabahlah.makanlah durian crepe tu dan lupakan sekejap masalah yang ada..hee..

Cerita harini..pasal buah mulberi..aku suka sangat buah ni..hehe..sejak aku mula mula ternampak cerita pasal buah ni kat sebuah blog tanaman..memang aku sangat sangat terpikat.sebab kan selalu buah buah beri ni nak tempat sejuk je..jadi bila aku tengok buah ni,aku felling omputih jap.haha




Balik rumah mak,aku terpandang pokok buah ni depan umah mak.mk bagitau jiran datang cucuk batang pokok mulberi depan rumah dia.elok je tumbuhnya.dan dah berbuah dah pun


b n w mulberi



Sebelah kiri tu pokok depan rumah mak,belah kanan tu pokok jiran
mak.



Ni gambar yang aku gigih ambil kat jiran yang datang tanam batang mulberi kat rumah mak tu.aku teruja sangat dapat tengok buah mulberi.hehe.first time dapat tengok betul2.selalu tengok gambar je.



Memang berbuah dengan sangat lebat.aku tak tau apa baja jiran mak ni bubuh.tapi makncakap nak bagi buah dia banyak kena selalu pangkas je.gerenti lebat buahnya nanti



Pokok mulberi ni ada la tinggi sikit dari porch depan rumah.tapi sangat banyak buahnya.daun daun dia pun gemuk2



Aku duk terbayang letak mulberi ni atas pavlova..tentu sangat enak ni..nyum nyum..nasib baik pokok jiran..kalau tak..haha..mak aku cakap takpe ambil je..kalau aku ambil,aku sapu sampai licin buah mulberi tu..hehehe.nangis nangis jiran mak karang.



Ni butir butir buah mulberi.berlapis lapis

jadi aku suruh mak ambil sikit je.aku nak rasa.masam2 sikit.yang dah hitam2 tu manis.ku pegang je buah mulberi tu punya lama..duk belek2..sayang nak makan sebab cantik sangat aku rasa.hehe..

Nanti aku pun nak cari nursery yang ada jual keratan batang mulberi ni..nak try tanam kut kut boleh berbuah lebat cam pokok jiran mak tu.




Tuesday, 1 October 2013

Anak Pokok Zinnia & Cypress Vines



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku pegi jalan jaln depan rumah tengok anak pokok bunga yang ku semai haritu..alhamdulillah..semakin besar dah anak2 pokok zinnia.aku semai dalam lima bijik pasu..amik kau.semua rapat rapat pulak tu.dah besar sikit nanti baru aku nak jarangkan dia.



B n w zinnia



Comelkan..hehe..ada banyak anak pokok bunga ni.aku nak bagi kat jiran sikit.sebab dia pun tengah aktif berkebun tu


Sebelah kiri benih zinnia.sebelah kanan benih cypress vines



Ni pulak anak pokok bunga cypress vines.nama malayu aku tak tau.kut bunga bintang kut.pokok dia jenis menjalar dengan bunga warna merah,pink dengan putih.tapi yang aku semai ni warna merah.ni memang masa mula mula keluarkan daun dia kerepot sikit..hehe.jadi jangan cabut pulak bila dia keluar daun cenggini.


Ni bila daun dah elok berkembang.bunga cepat tumbuh dan cepat berbunga.aku suka letak bunga ni kat pagar..nanti pagar nmpak hijau hijau dan merah je..


Google image

Camni la bunganya.dulu dulu mak selalu tanam kat depan rumah.sekarang jarang nak tengok orang tanam bunga ni dah.dulu satu kampung penuh bunga ni depan pagar.hehe..




Friday, 27 September 2013

anak bunga zinnia



Assalammualaikum..selamat pagi..

Salam jumaat..benih zinnia berlapis yang disemai kelmarin dah pun tumbuh..semalam dah nampak hijau sikit.hari ni semua pasu dah hijau.alhamdulillah..elok lagi benihnya..


Nanti dah besar sikit,baru aku nak jarak jarakkan anak pokok ni..aku memang peminat tegar bunga zinnia ni..ngee...




Camni bunga zinnia yang aku semai ni..cantikkan?






Tuesday, 24 September 2013

Aktiviti berkebun sampai lenguh..



Assalammualaikum..selamat petang..

Aktiviti yang aku buat 2,3 hari ni...memandangkan aku amat bosan kat rumah..nak buat kek,biskut semua tak boleh sebab barang2 semua kat rumah mak lagi...wuuuuu....boleh camni......jadi aku cari aktiviti nak dibuat..aktiviti berkebun..huhu..pergi hardware beli kain hitam orkid tu yang murah2 dan suruh bos pasang..nanti takdela pokok pokok aku nanti kena panas..sebab kat rumah aku ni kalau petang memang panas sesangat..dan aku beli pokok untuk letak kat pagar dengan depan rumah..beli budget2..belum gaji lagi tahu..haha..



Apa nama pokok ni aku tak tau..tapi ku suka..sebab dia hijau hijau je...sepokok rm5..aku tanam letak dalam pasu depan rumah.


Pastu pokok ni.mak ku panggil pokok bunga proton saga..pasai pa aku tk tau..huhu..pokok ni aku beli letak kat tepi pagar sebab pokok ni cepat membiak.tengok mak aku tanam dulu..



Hehe..saja aku test2 nak jadi potograper yang pro.haha..


Benih benih yang aku rendam dulu sebelum disemai.aku selalu buat camni je..semua biji benih pun aku buat camni.huhu..yang ada sawi,bayam,bendi,cabai,selasih,kailan dengan sawi pendek.esok boleh semai dah ni


Ni pulak benih zinnia yang berlapis lapis.aku ambil biji benih ni kat kedai mkan kawan aku.cuba semai kut mau naik..haritu aku dah semai,tapi emy dah rompak bawak balik ipoh..ceh...

Nila aktiviti aku sebab tk boleh nak membaking..wuuu..berkebun angkat pasu,buang buang rumput lenguh habis badan aku.berkebun 3 jam,aku baring 3 hari.hoho..pemalas kan?





Sunday, 21 July 2013

Pokok cabai dah berbuah



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku tengah meniaga ni..perniagaan alhamdulillah..cuma memang aku letih la duk buat kuih..tak cukup tido.kekadang terus bersahur je..wuuu..pokok2 aku pun tak terjaga..tapi pokok cabai aku elok je berbuah.walaupun ada terlupa nak siram dia..sian...


Ni cabai memula


Bila balik niaga terpandang pokok cabai yang dah ada buah ni..ilang la penat kejap...aku sengih sesorang haha..gembira2..tengok buah cabai pun gembira..apada..hehe..


Ada 6 pokok semua..3 pokok dah berbunga dan berbuah..aku ada semai kacang kelisa aritu..pun dah tumbuh..

Kepada kengkawan blog.maaf sesangat..nanti aku cari2 masa tuk bw blog kengkawan..sekarang memang sibuk memasak..ni pun duk menaip atas meja yang penuh dengan kuih..wuuu..






Sunday, 7 July 2013

Pokok cabai



Assalammualaikum..selamat pagi..

Selalu aku semai benih cili..tapi kat sini kami panggil cabai..tak pernahnya nak tumbuh..huhu..jadi haritu sesaja aku ambil 2 biji cabai.aku belah,ambil bijinya pastu jemur..dah kering tu aku terus je semai kat pasu depan rumah ni..aku tinggal camtu je la sebab aku balik ipoh sebulan.balik balik tengok pokok cabai aku dah tumbuh..banyak pulak tu..


Tapi disebabkan aku tak buat penjarangan,pokok pokok cabai aku ni jadi kecik kecik,pendek je.huhu.jadi semalam aku dah jarang jarangkan pokok cabai tu semua..sayang tahu..terharu sebab naik jugak pokok cabai yang aku semai..hehe


Aku intai intai semalam,ada 2 pokok cabai aku dah berbunga.tapi pokok tu pendek je.ada la daam 15 cm je..berbunga sebab tertekan kut..huhu.tapi takpe,aku dah jarangkan semalam dan nak letak baja nanti.jaga elok elok..nanti nanti boleh makan cabai tanam sendiri.hehehe..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...