Showing posts with label biji benih. Show all posts
Showing posts with label biji benih. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Anak Pokok Zinnia & Cypress Vines



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku pegi jalan jaln depan rumah tengok anak pokok bunga yang ku semai haritu..alhamdulillah..semakin besar dah anak2 pokok zinnia.aku semai dalam lima bijik pasu..amik kau.semua rapat rapat pulak tu.dah besar sikit nanti baru aku nak jarangkan dia.



B n w zinnia



Comelkan..hehe..ada banyak anak pokok bunga ni.aku nak bagi kat jiran sikit.sebab dia pun tengah aktif berkebun tu


Sebelah kiri benih zinnia.sebelah kanan benih cypress vines



Ni pulak anak pokok bunga cypress vines.nama malayu aku tak tau.kut bunga bintang kut.pokok dia jenis menjalar dengan bunga warna merah,pink dengan putih.tapi yang aku semai ni warna merah.ni memang masa mula mula keluarkan daun dia kerepot sikit..hehe.jadi jangan cabut pulak bila dia keluar daun cenggini.


Ni bila daun dah elok berkembang.bunga cepat tumbuh dan cepat berbunga.aku suka letak bunga ni kat pagar..nanti pagar nmpak hijau hijau dan merah je..


Google image

Camni la bunganya.dulu dulu mak selalu tanam kat depan rumah.sekarang jarang nak tengok orang tanam bunga ni dah.dulu satu kampung penuh bunga ni depan pagar.hehe..




Friday, 27 September 2013

anak bunga zinnia



Assalammualaikum..selamat pagi..

Salam jumaat..benih zinnia berlapis yang disemai kelmarin dah pun tumbuh..semalam dah nampak hijau sikit.hari ni semua pasu dah hijau.alhamdulillah..elok lagi benihnya..


Nanti dah besar sikit,baru aku nak jarak jarakkan anak pokok ni..aku memang peminat tegar bunga zinnia ni..ngee...




Camni bunga zinnia yang aku semai ni..cantikkan?






Tuesday, 24 September 2013

Aktiviti berkebun sampai lenguh..



Assalammualaikum..selamat petang..

Aktiviti yang aku buat 2,3 hari ni...memandangkan aku amat bosan kat rumah..nak buat kek,biskut semua tak boleh sebab barang2 semua kat rumah mak lagi...wuuuuu....boleh camni......jadi aku cari aktiviti nak dibuat..aktiviti berkebun..huhu..pergi hardware beli kain hitam orkid tu yang murah2 dan suruh bos pasang..nanti takdela pokok pokok aku nanti kena panas..sebab kat rumah aku ni kalau petang memang panas sesangat..dan aku beli pokok untuk letak kat pagar dengan depan rumah..beli budget2..belum gaji lagi tahu..haha..



Apa nama pokok ni aku tak tau..tapi ku suka..sebab dia hijau hijau je...sepokok rm5..aku tanam letak dalam pasu depan rumah.


Pastu pokok ni.mak ku panggil pokok bunga proton saga..pasai pa aku tk tau..huhu..pokok ni aku beli letak kat tepi pagar sebab pokok ni cepat membiak.tengok mak aku tanam dulu..



Hehe..saja aku test2 nak jadi potograper yang pro.haha..


Benih benih yang aku rendam dulu sebelum disemai.aku selalu buat camni je..semua biji benih pun aku buat camni.huhu..yang ada sawi,bayam,bendi,cabai,selasih,kailan dengan sawi pendek.esok boleh semai dah ni


Ni pulak benih zinnia yang berlapis lapis.aku ambil biji benih ni kat kedai mkan kawan aku.cuba semai kut mau naik..haritu aku dah semai,tapi emy dah rompak bawak balik ipoh..ceh...

Nila aktiviti aku sebab tk boleh nak membaking..wuuu..berkebun angkat pasu,buang buang rumput lenguh habis badan aku.berkebun 3 jam,aku baring 3 hari.hoho..pemalas kan?





Sunday, 21 July 2013

Pokok cabai dah berbuah



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku tengah meniaga ni..perniagaan alhamdulillah..cuma memang aku letih la duk buat kuih..tak cukup tido.kekadang terus bersahur je..wuuu..pokok2 aku pun tak terjaga..tapi pokok cabai aku elok je berbuah.walaupun ada terlupa nak siram dia..sian...


Ni cabai memula


Bila balik niaga terpandang pokok cabai yang dah ada buah ni..ilang la penat kejap...aku sengih sesorang haha..gembira2..tengok buah cabai pun gembira..apada..hehe..


Ada 6 pokok semua..3 pokok dah berbunga dan berbuah..aku ada semai kacang kelisa aritu..pun dah tumbuh..

Kepada kengkawan blog.maaf sesangat..nanti aku cari2 masa tuk bw blog kengkawan..sekarang memang sibuk memasak..ni pun duk menaip atas meja yang penuh dengan kuih..wuuu..






Tuesday, 9 July 2013

Bazar ramadhan dan benih kacang kelisa



Assalammualaikum..selamat malam..

Terlebih dahulu,salam ramadhan kepada semua kengkawan yang sudi folow2,komen2 kat blog ni..jangan tinggal tinggal puasa eh..hehe

Ha..taktau nak letak tajuk apa..maafla..aku memang payah sangt nak memikirkan tajuk kat entry entry ni..kekadang jalan dari depan pai ke dapur sampai ke depan balik aku memikirkan tajuk yng nk diletak kt entry aku.hoho..jadi aku hentam je la..

Tadi petang aku pergi bayar duit tapak untuk aku meniaga bazar ramadhan..Rm250 untuk satu tapak..aku tak pernah sekalipun meniaga hee...jadi sedikit teruja dan risau sikit dalam masa yng sama..duk fikir macam mana susun atur meja meniaga aku nanti..kenyataannya aku memang betul2 takde pengalaman langsung..huhu


Siap dapat resit ok..

Puasa kedua baru aku mula niaga..aku dah siap kira modal dan berapa harga yang patut aku letak nanti.aku teruja lebih banyak dari risau sebenarnya nak meniaga ni..haha.duk fikir itu,ini.dan aku rasa untung sikit sikit pun takpela..janji aku dapat buat menda yang aku suka..iaitu..aku suka bagi orang makan..hehe


Benih kacang  kelisa yng dibeli ditesco..

Nak semai benih ni kat tepi pagar rumah..cantik sikit nanti..aku memang suka pokok pokok yang menjalar ni..

Bercucuk tanam pelbagai jenis sayuran untuk menghijaukan pemandangan dan menjimatkan perbelanjaan..hehe


Sunday, 7 July 2013

Pokok cabai



Assalammualaikum..selamat pagi..

Selalu aku semai benih cili..tapi kat sini kami panggil cabai..tak pernahnya nak tumbuh..huhu..jadi haritu sesaja aku ambil 2 biji cabai.aku belah,ambil bijinya pastu jemur..dah kering tu aku terus je semai kat pasu depan rumah ni..aku tinggal camtu je la sebab aku balik ipoh sebulan.balik balik tengok pokok cabai aku dah tumbuh..banyak pulak tu..


Tapi disebabkan aku tak buat penjarangan,pokok pokok cabai aku ni jadi kecik kecik,pendek je.huhu.jadi semalam aku dah jarang jarangkan pokok cabai tu semua..sayang tahu..terharu sebab naik jugak pokok cabai yang aku semai..hehe


Aku intai intai semalam,ada 2 pokok cabai aku dah berbunga.tapi pokok tu pendek je.ada la daam 15 cm je..berbunga sebab tertekan kut..huhu.tapi takpe,aku dah jarangkan semalam dan nak letak baja nanti.jaga elok elok..nanti nanti boleh makan cabai tanam sendiri.hehehe..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...