Assalammualaikum..selamat pagi..
Semalam lepas habes bw blog kengkawan,habes aku settle2 keja sesikit,aku terajin nak buat puding karamel.aku sangat suka puding karamel.nama je makanan manis manis semua pun kegemaran aku..hihi..
Oo..lihatlah watermark aku..cantik kan?ngeh..ngeh..tima kasih kepada kak mialiana sebab berkongsi dalam entry watermark gambar secara mobile
Kalau tak tengok la watermark aku sebelum ni.huuu..kejap kecik,kejap besar da..
Lihat kiwi itu...hoho.nyum2
Bahan bahan karamel
Gula - 1 cawan
Air - 1 cawan
Cara buat karamel
Masak gula guna api sederhana sampai perang,bila dah perang tu masukkan air.kacau kacau sampai sebati..kemudian..letak tepi..
Karamel yang dikacau dengan penuh perasaan.
Bahan bahan puding
Telur ayam - 5 biji
Susu sejat - 1 tin
Esen vanilla - 1 sudu kecil
Gula - 3 sudu besar
Cara buat puding
Telur dipecahkan dalam bekas lain,kacau kacau sekejap.ketepikan.ambil susu sejat,panaskan campur sekali esen vanilla dengan gula.sekejap je untuk larutkan gula tu.lepas dah diangkat campur dengan telur.gaul rata.
Kemudian letak karamel tu sikit dalam bekas sebelum masukkan puding tu kat atas karamel.tapi tapis dulu eh..kalau tak berketul nanti puding tak lawa..hehe.(ada sesetengah resipi letak 2 sudu tepung jagung..tapi aku tak letak.)
Letak macam ni eh
Tak sempat ambil gambar satu satu.kira nak buat cepat cepat je sebab nak makan pun cecepat.ngee.
Kemudian kukus pakai api sederhana selama setengah jam..inilah hasilnya.sila dekorasi menggunakan imaginasi sendiri ya..mesti cantik lagi.hehe..
Motif ulang tayang gambar?sesaja..hehe..sebab nampak sungguh sedap..ngee..
Sila simpan dalam peti sejuk untuk kesedapan yang tidak terhingga eh..