Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

Saturday, 8 November 2014

Coklat Coklat



assalammualaikum..selamat sejahtera..

dah macam biskut ja entry aku kat blog ni kan?huhu..maafla..sebab memang aku sibuk..nak bw blog kengkawan pun tak sempat.ada juagak aku jenjalan cuma tak sempat nak tinggaikan komen.huhu..entry kali ni aku nak letak gambar gambar coklat coklat ja.hehe.nak buat satu satu entry pun tak sempat..jadi aku laetak ja gambar sekali bebanyak eh..

ni semua gambar gambar dessert yang aku buat untuk tempahan custemer.sampai mak aku pun pening tengok aku ulang alik keluar dalam mik gambar.huhu..


brownies badam dengan coklat chip


biskut coklat cip ala ala famous amos la sangat.haha


tiramisu perisa nescafe..tetiba..huhu


muffin coklat dengan coklat cip


brownies kosong ja...

nak kena improve lagi aku punya persembahan ni.hehe..kena bagi lagi kemas dan bergaya lagi ni.hehe..kepada kengkawan yang sudi datang blog aku lagi tima kasih tau..aku cuba ja bw blog kengkawan..aku sekarang nak menaip pun idea kurang.hoho..jadi kengkawan suma tengok la gambar bebanyak eh..hehe..





Thursday, 31 October 2013

Resipi Cupcake Coklat Bakar



Assalammualaikum..selamat petang..

Kat luar mendung aje..nak hujan lagi nampaknya.jadi aku pun bermalas malasan la moodnya..hehe..tapi nak jugak kongsi resipi kek coklat ni dengan kengkawan.kek ni aku buat semalam.dah siap bagi kat jiran jiran.siap jiran mintak penambahan ok.haha.hati gembira je bila makanan yang kita buat,orang makan kan?tapi sebelum tu..harap kawan2 yang menang semalam sila pm aku kat fb ya atau kut email ( adriannasyaz@gmail.com).harap2 boleh pos semua hadiah tu esok.


Kek coklat yang dah dihias penuh berseri dengan whipping cream..ngee..

Bahan bahan

Tepung gandum - 2 cawan
Serbuk coklat - 1 cawan
Sod bikarbonat - 1 sudu kecil
Tepung penaik - 1 sudu kecil
Garam - 1 sudu kecil
Telur - 3 biji
Air nescafe - 1 cawan
Minyak jagung - 1 cawan
Air susu - 2 cawan (aku pakai susu tepung je campur dengan air)

Cara cara

Ayak tepung gandum,soda bikarbonat,tepung penaik,serbuk coklat(gaulkan sekali)dan tambahkn garam

Kemudian bolehla masukkan minyak jagung,telur,air nescafe,dengan air susu.mixerkan sampai sebati.lepas tu boleh la masukkan dalam paper cup ya.panaskan oven 180 darjah celcius dan masak kek ni selam 25 ke 30 minit ikut oven memasing eh..


Kek selepas keluar dari oven.hitam tapi manis..hehe


Silalah cuba resipi ni ya..jngan lupa bagi jiran jiran merasa sikit.hehe.murah rezki nanti.ikut resipi ni boleh dapat sampai 40 biji kek coklat tuk papercup yng sederhana besar tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...