Showing posts with label japanese garden. Show all posts
Showing posts with label japanese garden. Show all posts

Friday, 27 September 2013

Japanese garden@colmar tropicale,bukit tinggi



Assalammualaikum..selamat petang..

Sambung cerita pasal taman jepun yang turut terletak dalam kawasan Colmar tropicale resort bukit tinggi..



Lepas cek out,aku terus pegi japanese village sebab aku ada terbaca di blog blog yang tempat ni menarik..cuma ikut papan tanda ya..


Banyak tempat boleh pergi pusing pusing


Kereta tak boleh bawak naik sampai atas ok..huhu..kena parking kat tempat parking..kemudian sila memenatkan duri naik tangga ni.aku berenti 3,4 kali jugak kut.letih tu..


Sampai kat atas ni memang aku bercekak pinggang la..letih letih.maklumla dah tua tua ni takda stamina..huhu..aku tengok ada 2 orang remaja chinese siap lari lagi masa naik tangga tu..wuu..hebat tahu..


Gambar bukit dan jugak pucuk paku zaman dinasour kegemaran aku ni..pokok ni selalu aku tengok kat cameron..


Sepanjang jalan mendaki jalan ni,ada pokok bunga ni ya..cantik2,pinky2.huhu


Sila pergi kemana tempat yang disukai eh..hehe.aku pergi japanese garden.nak felling ala ala kat jepun kejap..hee


Sila naik tangga lagi..masa ni lutut aku memang dah rasa lemah gemalai dah..tapi kuteruskan jua.alang alang dah sampai kan..


Ambil gambar lumut sebenarnya..hee



Pintu gerbang masuk ke taman jepun


Gambar ni pun aku amik ye..sampai tertonggeng tonggeng..hehe


Pokok pegaga pun ada kat sini..



Tangga dan tangga lagi.huhu



Ada nampak diaorang letak tali tali..ada menda diaorang nak buat lagi kut tuk mencantikkan taman ni..


Air sungai yang mengalir perlahan..mendamaikan...wah...hehe


Ni dah nampak macam jepun kan?buluh tu trademark tu..aku tak amik gambar rumah jepun sebab ada orang dalam tu..aku segan..huhu..boleh masuk dalam rumah tu dan sewa kimono rm20.boleh la bergambar pakai kimono perasan mulan.tapi aku tak la..sebab panas dan penat.tak rajin aku nak salin salin baju.jadi aku jalan jalan je.


Ada ikan kap yang gemuk gemuk dalam kolam ni.geram aku.hehe



Cantik kan?

Ni pun aku jalan tak habes sebenarnya..tak larat dah la..hu.tempat ni sesuai sangat untuk jungle tracking.memang nyaman la.tapi bagi orang macam aku yang sentiasa berkepit dengan inhaler ni,aktiviti macam ni tersangatla memenatkan..hehe..


Ni masa dah sampai kat bawah.ada kedai jual air,aiskrim dan cenderamata.air mineral kat sini botol kecik rm3.hu..mahal2..restoran pun ada..tapi mahal jugak..jadi,sila bawak bekalan roti dan air sendiri ya..haha..

Ok tu je aku dapat kongsikan gambar gambar ke taman jepun.aku ni tak pandai nak bercerita..maaf2.tak boleeh jadi tour guide yang bagus aku ni.hoho..jadi kengkawan sila lihat gambar gambar yang ada eh..

"Kulihat hijau"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...