Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

Salahkah Wanita?



Assalammualaikum..selamat tengahari

Maaf2..semlam aku tak sempat nak bw blog kengkawan..sebabnya aku telah menjadi pengasuh sementara..huhu.semalam jiran aku ada hal jadi terpaksa tinggal anak anak.yang kecik baru nak dekat 2 tahun.jadi aku yang mandikan baby tu,bagi makan ubat.terus aku felling2 jadi seorang ibu yang penyayang..hehe..lepastu aku bawak baby tu dgn kakak abangnya pg main2 kat taman.letih aku mengawalnya...huhu..sebab tu balik terus aku pengsan pengsan..





Harini cuma aku nak berkongsi cerita sikit..salahkah wanita bila kita nampak macam dia abaikan anak anak?kita nampak je..sebab kita tak tau cerita sebaliknya..macam yang jadi depan mata aku ni.yang suami ada isteri 2.sekarang tengah ada kat rumah isteri pertama.tak balik balik.yang isteri kedua tetap kena kerja sebab suami tak bagi duit.jadi anak anak  yang masih kecil kecil kena tinggal macam tu je.kalau kita yang tak tau cerita mesti mengata mak dia tu teruk la,tak ambil berat la..tapi sebenarnya terpaksa kerja.kalau tak macam mana nak bayar sewa rumah.duit makan..mesti masa mak bebudak tu nak keluar kerja pun berat hati kan..bila aku tengok bebudak tu mai makan kat rumah aku,aku  kesian terus rasa macam ada air dalam mata..wuuu..



Satu cerita lagi pasal kawan aku yang terpaksa kerja jadi pelayan untuk bela anak anak dia.kalau kita tak tau cerita dia mesti kita cakap..apalah perempuan ni gedik,nak enjoy je kejenya..kan..tapi cerita betulnya dia kena kerja macam tu sebab nak tanggung  anak anak yang masih lagi kecil2..suami dia goyang2 kaki ya.kerja pun,memang untuk diri dia je.takdaknya bagi kat duit kat kawan aku ni.sekarang ni in sha Allah kawan aku dah mula nak kerja jadi penyambut tetamu kat hotel di kl.dia tak mau kerja kerja macam tu dah..bagus bagus kawanku.

Aku tak salahkan wanita wanita yang aku kenal.sebab aku tau cerita disebaliknya.jadi kita jangan sesuka buat kesimpulan dengan apa yang kita nampak diluaran.tak baik mengata ngata tahu.lebih elok kalau kita ambil tahu apa cerita sebenarnya..dan muhasabah diri sendiri

P/s:Aku tak berapa pandai menyusun ayat ye..maaf kalau ayat tungging terbalik..piz


Thursday, 19 September 2013

cerita semalam



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku baru balik dari kl pukul 7 pagi tadi.wuuu ngantuknya...semalam pegi pusing2 kat kl..lepak2 dekat klcc dengan adik,kak ipar aku..saja sembang sembang..sebab adik aku dah nak gerak pegi sanadakan hari ni..sedih ok..dia ikut suami dia yang kena bertukar ke sana.boring la aku nanti..takde kawan nak ajak pegi shopping2 dan juga sesi meluahkan perasaan...wuuuuuu...


Kekanak riben yang seronok lompat2 semalam..

Yang gaya macam kpop tu anak adik aku...hu..pas ni 5 tahun la baru dapat tengok muka dia..(rindula makcik kat pempem nanti..)huhu.dala makcik dia takut nak naik kapal terbang..huhuhu..kalau tak boleh jugk melawat kat sandakan nun...

Kepada adik aku..selamat bergembira di sandakan..jangan lupa ambik gambar bebanyak letak kat fb ok...jangan lupa jugak pegi sepilok.hehe dan juga pulau sipadan yang dah lama diidam idam kan nak pegi tu...kalau nak kami semua ke sabah..sila taja tiket penerbangan eh..hahaha.

^_^



Tuesday, 10 September 2013

Pilih kasih...kenapa?



Assalammualaikum..selamat malam..

Aku tengah berfikir dengan banyak sekali ni...emm..memang kalau kena kat orang lain,diaorang boleh ok je kut....tu kekadang aku terpikir..aku ke yang bermasalah sebenarnya?aku duk berfikir macam mana diaorang boleh sesuka hati ambil barang2 orang lain...macam mencuri la ceritanya kan?ambil tanpa kebenaran..lepas tu boleh buat2 tak tau je...buat muka tak bersalah..memang barang yang diaorang ambil tu mungkin harga tak seberapa..tapi bagi aku barang2 tu semua ada kenangan...aku tak rasa diaorang ada hak tu ambil barang aku ikut suka je...

Niat aku untuk tumpangkan orang kat rumah aku..memang satu tindakan yang salah...niat untuk membantu org tu...balik menyusahkan diri aku.memang barang yang hilang tak sampai berarus pun harga..tapi aku terkilan sebab diaorang sanggup ambil barang orang yang berniat nak tolong diaorang..

Bayangkan..tak pelik ke kalau aku balik ke rumah aku..terperasan bilah kipas berdiri yang baru aku beli tak sampai 2 bulan hilang...pelik kan?bertambah pelik..boleh pulak meja sisi tepi katil aku pun turut hilang..masalahnya boleh pulak lampu tido dgn remote astro yang memang aku letak atas meja tu terletak elok je kat bawah lantai..cam kena susun..duit syiling aku yang tak seberapa pun,lebuh..3 bijik tepon aku pun kena kebas..aku tak kisah tepon tu..cuma aku sayangjan memori kad yang ada dalam tu...habis semua gambar2 lama yang ada dalam tu...

Aku tak tau apa punya jenis orang yang sanggup buatvcamni..susu yang sku bagi,diaorg balas kat aku tuba..elok sangat perangai...aku memang tak sangka,terkilan sangat2..




Bila aku berdepan pasai barang2 aku yang hilang ni,boleh pulak sampai adik aku sendiri nak bertumbuk dengan aku...sangat2 biadap..dan lebih malang lagi pulak..sesaoa pun tak menyokong aku..semua sebab mak aku memang lebih sayangkan adik aku..atas alasan adik aku tu..sorang2..kami lain bapak..walhal..aku tak penah anggap dia adik tiri aku pun..malam kejadian tu,tetiba aku pulak yang kena maki dengan abg2 aku,adik laki aku dengan mak aku sokong diaorang semua...

Tau tak perasaan aku masa tu?tak terkata........airmata memang rasa nak menitik je..tapi sebab sedih yang terlampau..airmata pun tak boleh nak keluar dah...kenapa perlu ada pilih kasih?aku tak cakap yang aku ni sempurna..tapi aku rasa aku ddah cukup membntu mak aku berbanding diaorang yang memaki aku malam tu..tapi mungkin disebabkan aku ni bukan anak terpilih..jadi daripada jadi mangsa,aku yang jadi penyerangnya pulak...

Mungkin salah satu punca tu..yela aku kan duk sesorang..sapa yang nak sokong aku..malam tu memang aku terasa macam dibuli teruk2..memang kena maki..kehalnya barang2 aku yang hilang..aku sangat2 terasa sebab aku tak penah sesuka ambil barang2 sesapa..hatta kalau aku jumpa duit sekalipun,memang aku pulangkan balik..




Aku ni terlalu baik..sampai diaorang sesuka je buli aku..mungkin diaorang seronok buat aku macam ni..aku terpaksa mengalah malam tu..sebab aku taknak jadi anak derhaka..aku taknak masam muka dengan mak..walaupun aku cukup terasa..biarla sedih,airmata tuk malam tu aku simpan je..




Cuma memang aku bagitau kat semua la..harap2 jangan la ada pilih kasih kat anak2..mungkin mak,bapak tak rasa.tapi anak2 dapat rasa...

Huuu..panjangnya luahan hati aku...huhu...


Sunday, 1 September 2013

Begitu jualah



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku da remove b2b aku...aku bukan b2b da.takde jodoh...terima je semuanya dengan redha..mungkin aku bukan terbaik untuk dia...aku harap dia dapat jumpa orng yang sesuai dengn dia..aku kena susun balik plan2 aku pasni...aku nak keje je...pastu ada masa terluang tu masak2 dan makan..bagi sibuk2..takde la aku nak pikir masalah je..


Tima kasih tuk kawan aku yang selalu setia dengar aku meluahkan perasaan kat dia...aku tau dia boring dengar aku cerita..tapi dia tetap dengar dengn penuh perasaan.huhuhu..sori2..fmj...memang kawan yang baik...tima kasih2...

Aku tak larat nak layan jiwang da..lebih baik aku pegi masak..





Wednesday, 31 July 2013

Rindu rindu


Assalammualaikum..selamat malam

Baru lepas abes wat kuih apam polkadot,puding karamel dengan koleh kacang..sangat letih dan sakit pinggang.ni baru dapat baring2.wuuu.pastu tadi sempat jugak lipat2 bekas kuih pelita dengan tako

Yang buat lambatnya tadi,,nak buat kuih apam..aku denagn amy memang agak bercinta sikit nak buat kuih apam ni..huhu..nampak memang cantik,comel.tapi agak renyah la..kekadang tensen aku.hojo..ada yang terlupa letak dot2 nanti,ada yang terlupa letak jem.tapi tadi dah berjaya buat apam yang cantik..jadi kami kembaang2 lubang idung sikit.haha




Cantik cantik kan?hoho..


Esok..seminggu en A gi sabah..wuuu..memang sangat bosan bila dia takdak...takdak le tempat aku nak gaduh2 cari pasal...huhu..sangat tidak best..sekarang pun disebabkan aku sibuk buat kuih je,,jadi masa tu ingat kat dia tu xdak la 24/7..cuma bila duk lepak sesorang..mulala pilu2.tambah dengar2 lagu hari raya...syahdu...woooo...

Kepada dia...aku nak bagitau..aku merindukanmu...hehe..wah..sangat jiwang sekali..geli ketiak tau...

            

Rindu bangat sama kamu..hehehehe......





Tuesday, 23 July 2013

Tensen



Assalammualaikum..selamat malam..

Aku tensen...wuuu..ramadan ada lagi lebih kurang 2 minggu..tapi aku tak rasa macam nak raya pun..dengan badan aku letih penat..pastu dah ada dapat lagi cerita tak best..dia kena pegi lahad datu sebulan..lusa pegi..ok..aku sedih...dan terus rasa tak bersemangat.......malas nak meniaga dah..semua bekas2 pun aku campak camtu je..malas nk basuh2 dah...wuuu..bersabarla........




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...