Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

Mari Berkebun Sayur




Assalammualaikum..selamat sejahtera..



Maaf sebab x bw blog kengkawan lagi..aku sibuk sikit.huhu..semalam ada tempahan pavlova.nyum2..aku pun memakan jugak la pavlova tu sikit..yang belen2.hehe..arini takdak ceta kek,cerita pasal berkebun pulak..aku memang suka berkebun.jadi aku curi2 masa sikit untuk berkebun ya.mana tau kut kut dapat la secekak dua sayur tanam sendiri..ngeh ngeh..



Beli benih kat tesco ja..nanti aku nak beli online plak.banyak sikit pilihan



Anak benih sawi.yang atas tu lepas 3 ari disemai.bawah seminggu



Bayam merah.yang atas lepas 3 ari semai.bawah seminggu



Kailan.yang atas lepas 3 ari disemai.bawah seminggu.


Aku semai biji benih cabai dengan basil.tapi tak naik lagi pun..aku jenguk la tiap2 ari..wuuu.anak2 pokok sayur ni aku nak pindah ke pasu lain nanti.nanti2 boleh jadi tokey sayuq pulak ni..hehehe..wah..wah..























Friday, 4 October 2013

Resipi Salad Sedap Kegemaran



Assalammualaikum..selamat pagi

Lihat tajuk..haha..memang aku akui aku memang lemah nak letak tajuk tajuk kat entry entry aku.maafkan lah aku.ni aku letak tajuk best sikit..teruja tak..huhu..aku memang suka makan salad tak kira waktu.konon nak bagi kulit lawa.awet muda..dan mengurangkan lemak dibadan..tapi nasik tetap aku tak tinggal jugak pun bila dah makan salad..tak kenyang la makan salad.hoho..tapi tetap sedap kan kan..jadi aku buat salad sayur sayuran je tadi.


b n w sayur


Selepas


Sebelum

hehe..aku memang sangat suka brokoli,tomato,carrot dan jugak bunga kobis.kalau ke pasaraya memang aku cari sayur sayur ni dulu..tomato sayur jugak kan..emmm.musykil aku..huhu

Bahan bahan

Brokoli
Carrot
Tomato
Bunga kobis
Bawang merah besar
(guna sebanyak mana yang disukai)

Sos thousand island
Lada sulah
Minyak zaitun
(Pun guna ikut sesedap rasa ya)

Cara caranya

potong,basuh dan rebus semua sayur sayur tu dan masukkan sikit garam ya.jangan sampai lembik pulak.kemudian letak minyak zaitun,sos thousand island dan jugak lada sulah.gaul gaulkan dan sedia untuk dimakan..senang kan..hee..


Ni lepas aku rebus sampai empuk sikit sikit untuk memudahkan penguyahan..hehe..dan penghadaman..turut diletak sedikit bawang merah yang dipotong agak kasar untuk rasa sefikit pedas pedas dilidah ya..(ayat macam chef kan?haha)


Antara yang turut digunakan untuk menambah rasa..aku sangat suka jugak dengan minyak zaitun.rasa dia buat aku ketagih la..hee..



Sila makan sayur sayuran dengan kuantiti yang banyak ya.baru cergas..

P/s:aku nak belajar cara cara buat sos thousand island..nanti boleh makan sendiri buat punya je pulak..





Tuesday, 1 October 2013

Anak Pokok Zinnia & Cypress Vines



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku pegi jalan jaln depan rumah tengok anak pokok bunga yang ku semai haritu..alhamdulillah..semakin besar dah anak2 pokok zinnia.aku semai dalam lima bijik pasu..amik kau.semua rapat rapat pulak tu.dah besar sikit nanti baru aku nak jarangkan dia.



B n w zinnia



Comelkan..hehe..ada banyak anak pokok bunga ni.aku nak bagi kat jiran sikit.sebab dia pun tengah aktif berkebun tu


Sebelah kiri benih zinnia.sebelah kanan benih cypress vines



Ni pulak anak pokok bunga cypress vines.nama malayu aku tak tau.kut bunga bintang kut.pokok dia jenis menjalar dengan bunga warna merah,pink dengan putih.tapi yang aku semai ni warna merah.ni memang masa mula mula keluarkan daun dia kerepot sikit..hehe.jadi jangan cabut pulak bila dia keluar daun cenggini.


Ni bila daun dah elok berkembang.bunga cepat tumbuh dan cepat berbunga.aku suka letak bunga ni kat pagar..nanti pagar nmpak hijau hijau dan merah je..


Google image

Camni la bunganya.dulu dulu mak selalu tanam kat depan rumah.sekarang jarang nak tengok orang tanam bunga ni dah.dulu satu kampung penuh bunga ni depan pagar.hehe..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...