Assalammualaikum..selamat petang..
Nak share resipi biskut cip coklat yng aku buat haritu..sebenarnya aku main letak,agak2 je bahan2 nak buat biskut ni..aku tak berapa rajin nak timbang2,sukat..dalam ertikata lain..pemalas..huhu..tapi takdak le sampai melebih2 buh bahan2nya..nanti keras pulak biskut aku ni..hehe..
Bahan bahannya
Bahan A
Telur - 1 biji
Esen vanilla - 1 sudu kecil
Gula halus - 1 cawan
Gula perang - 1 cawan
Butter - 1 cawan
Minyak jagung - 1 cawan
Campur semua2 bahan2 ni dan putarkan sampai agak2 kembang
Bila dah kembang tu masukkan bahan2 B
Bahan B
Tepung gandum - 4 cawan
Coklat chip - ikut kesukaan.hehe
Garam - 1 sudu kecil
Baking soda - 1 sudu kecil
Susu tepung - 3 sudu besar
Serbuk tartar - 1 sudu kecil
Badam cincang - dipanggang(letak kacang lain pun boleh )
Ni tak payah pakai mixer dah,gaul pakai senduk je sampai sebati...jadi cenggini..
Kemudian,bulat2kan tepung ni.pastu tekap dengan garpu..kalu nak bagi ada corak la..kalau taknak pun takpe..
Bakar dalam oven dengan suhu 180.dalam 20 minit.
Itu sahaja..hehe..dan siapla biskut coklat ni untuk dingap..cuba2 la eh..aku rasa dah cukup sedap dah..makan biskut ni dengan milo ais..wah...






