Monday 30 September 2013

Giveaway Butik Comel Collection


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
1) Baucar RM200
2) Baucar RM150
3) Baucar RM100
Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50

Hadiah ditaja oleh Butik Comel Collection

PEMILIHAN PEMENANG:
-menggunakan random.org

SEMUA PESERTA BERPELUANG UNTUK MENANG
JOM JOIN RERAMAI!

Summerscent & Meteor garden



Assalammualaikum..selamat petang..

Pertama tama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada kak cik rose cute kerana sudi mengedit blog aku untuk kedua kalinya...tima kasih akak..tersangat terharu sebab akak rose sudi edit blog aku sampai cantik cenggini..maaf tau akak sebab saya banyak songeh..hehe..

cuaca mendung mendung ni dan memandangkan aku takde aktiviti untuk dilakukan maka aku hanya melayan dvd..dvd yang berkurun ceritanya..maaf la..aku ni bukan orang yang up to date sangat..hehe..



Google image


Nila ceritanya..hehe..cerita lama dah ni..summerscent dengan meteor garden

Cerita ni masa zaman zaman aku muda remaja lagi ni.hehe..suka je tengok cerita camni..tapi tengok jugak cerita apa..tapi memang cerita 2 ni sangat sangat aku suka.adakah kerana heronya kacak kacak?haha..salah satu sebab tu..ngee..

Aku tak reti sangat nak review2 cerita ni..tapi kalau ada kengkawan yang ada sama terminat dengan aku,silala kongsikan kepada aku..yang mana satu hero yang paling anda minati dalam kumpulan f4 tu.hehe..





Sunday 29 September 2013

Resipi kuih tako penuh kasih sayang



Assalammualaikum..selamat petang..

Aktiviti hari ahad..kemas rumah,memasak..huhu..masak pun ber jam jam..sebab aku duk pikir pikir nak masak apa..tadi masak sup bayam,ikan sumbat..tapi aku pakai ikan kembung je..ikan cencaru abes..hoho..apa rasa pun aku tak peduli. aku bedal je,janji kenyang..

Habes masak,makan tadi aku dengan rajinnya buat kuih tako..sebab masa aku berniaga bazar ramadhan hari tu,nak makan kuih tako sendiri buat pun tak sempat..sibuk sangat la katakan..hehehe..



B n w..kuih tako..


Hasilnya..kuih tako aku..takde letak sengkuang cina,pear apa ke..stok abes da..dan juga..,deko yang fail..haha..

Ni resipi kuih tako yang aku buat..boleh dapat dalam 40 biji

Bahan2 lapisan bawah

 tepung hoen kwee hijau- 50 gram
Air - 3 cawan
Perasa pandan - 1 sudu kecil
Gula - 1 cawan

Bahan2 lapisan atas

Tepung hoen kwee putih - 50 gram
Santan - 3 cawan
Air- 1 cawan
Garam - secukup rasa

Cara-cara buat

Masukkan semua bahan lapisan bawah.masak guna api sederhana.kacau kacau sampai dia meletup letup.jangan tak kacau..nanti dia berketul.sebelum tu letak dulu sengkuang yang dipotong dadu dlam bekas kuih tu..kemudian baru letak lapisan hijau ni..letak setengah dari bekas tu.biarkan dia keras

Lepas tu masukkan semua lapisan bawah pulak.guna api sederhana dan kacau2 sampai meletup2 kecil jugak.kemudian bolehla diletakkan atas lapisan hijau tu..letak dalam peti ais..makan sejuk sejuk lagi best.


Daun pandan yang dibeli dengan harga rm1.60 dapat 5 rumpun pandan..pasni aku pulak nak bela pokok pandan bebanyak..hehe.bleh membuat keuntungan ni..hehe



Daun pandan basuh bersih bersih,pastu pakai pembaris gunting 2 inci,1.5 inci.setengah orang buat 2 inci,2 inci.tapi kalau daun tu kecik,baik buat macam aku buat.baru bekas kuih ni tak berlubang.


Sebelum dan selepas..ngee..

Aku bagi kat jiran jiran aku sorang sikit.banyak aku buat kut.tak terabes.senyum senyum jiran aku seronok dapat kuih..sedap tu tau..sebab aku memasak dengan penuh kasih sayang...hehe...





Friday 27 September 2013

Japanese garden@colmar tropicale,bukit tinggi



Assalammualaikum..selamat petang..

Sambung cerita pasal taman jepun yang turut terletak dalam kawasan Colmar tropicale resort bukit tinggi..



Lepas cek out,aku terus pegi japanese village sebab aku ada terbaca di blog blog yang tempat ni menarik..cuma ikut papan tanda ya..


Banyak tempat boleh pergi pusing pusing


Kereta tak boleh bawak naik sampai atas ok..huhu..kena parking kat tempat parking..kemudian sila memenatkan duri naik tangga ni.aku berenti 3,4 kali jugak kut.letih tu..


Sampai kat atas ni memang aku bercekak pinggang la..letih letih.maklumla dah tua tua ni takda stamina..huhu..aku tengok ada 2 orang remaja chinese siap lari lagi masa naik tangga tu..wuu..hebat tahu..


Gambar bukit dan jugak pucuk paku zaman dinasour kegemaran aku ni..pokok ni selalu aku tengok kat cameron..


Sepanjang jalan mendaki jalan ni,ada pokok bunga ni ya..cantik2,pinky2.huhu


Sila pergi kemana tempat yang disukai eh..hehe.aku pergi japanese garden.nak felling ala ala kat jepun kejap..hee


Sila naik tangga lagi..masa ni lutut aku memang dah rasa lemah gemalai dah..tapi kuteruskan jua.alang alang dah sampai kan..


Ambil gambar lumut sebenarnya..hee



Pintu gerbang masuk ke taman jepun


Gambar ni pun aku amik ye..sampai tertonggeng tonggeng..hehe


Pokok pegaga pun ada kat sini..



Tangga dan tangga lagi.huhu



Ada nampak diaorang letak tali tali..ada menda diaorang nak buat lagi kut tuk mencantikkan taman ni..


Air sungai yang mengalir perlahan..mendamaikan...wah...hehe


Ni dah nampak macam jepun kan?buluh tu trademark tu..aku tak amik gambar rumah jepun sebab ada orang dalam tu..aku segan..huhu..boleh masuk dalam rumah tu dan sewa kimono rm20.boleh la bergambar pakai kimono perasan mulan.tapi aku tak la..sebab panas dan penat.tak rajin aku nak salin salin baju.jadi aku jalan jalan je.


Ada ikan kap yang gemuk gemuk dalam kolam ni.geram aku.hehe



Cantik kan?

Ni pun aku jalan tak habes sebenarnya..tak larat dah la..hu.tempat ni sesuai sangat untuk jungle tracking.memang nyaman la.tapi bagi orang macam aku yang sentiasa berkepit dengan inhaler ni,aktiviti macam ni tersangatla memenatkan..hehe..


Ni masa dah sampai kat bawah.ada kedai jual air,aiskrim dan cenderamata.air mineral kat sini botol kecik rm3.hu..mahal2..restoran pun ada..tapi mahal jugak..jadi,sila bawak bekalan roti dan air sendiri ya..haha..

Ok tu je aku dapat kongsikan gambar gambar ke taman jepun.aku ni tak pandai nak bercerita..maaf2.tak boleeh jadi tour guide yang bagus aku ni.hoho..jadi kengkawan sila lihat gambar gambar yang ada eh..

"Kulihat hijau"



anak bunga zinnia



Assalammualaikum..selamat pagi..

Salam jumaat..benih zinnia berlapis yang disemai kelmarin dah pun tumbuh..semalam dah nampak hijau sikit.hari ni semua pasu dah hijau.alhamdulillah..elok lagi benihnya..


Nanti dah besar sikit,baru aku nak jarak jarakkan anak pokok ni..aku memang peminat tegar bunga zinnia ni..ngee...




Camni bunga zinnia yang aku semai ni..cantikkan?






Thursday 26 September 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Colmar tropicale bukit tinggi



Assalammualaikum..selamat pagi..

Aku nak berkongsi cerita hari tu..aku ada pergi ke bukit tinggi sebab ada hal sikit.sebenarnya aku tak tau pun yang bukit ni dekat dekat je dengan genting..huhuhu..maklumla..aku ni suka duk rumah dediam je..hihu..bila dapat tau nak ke bukit tinggi,aku pun google2 la.cantik jugak ni..tapi ada satu resort tu amatla cantik aku tengok..ala ala perancis dah tu..jadi terus ke situlah..sila lihat gambar eh...


Terus edit gambar black and white ok..nostalgia sgt kononya..hehe..tapi memang sangat nostalgia dan cantik tempat ni..aku suka.



Sepanjang nak pergi ke bukit tinggi ada pokok pokok pine kut..tak pun ru..hee..tapi memang jalan sikit bengkak bengkok.aku pening lalat kejap.huhu


Nampak macam istana dedulu macam cerita merlin tu kan?haha..camelot..


Bilik untuk tidor2..ambil attic punya..murah sikit...murahnya...weee


Bilik pun ala ala omputih.simple je deko bilik ni..satu malam ada kut dalam rm200 lebih


Ni dalam bilik air.bath tub takde ye.tapi air dia memang laju dan yng paling best dalam bilik air pun ada gambar eh..pasni aku pun nak ambil gambar,frame nak letak dalam tandas rumah aku..ngeee..


Semua gambar pun aku ambil..huhu..seronok sangat la katakan..tak pernah sampai sini..huhu


Ini pun aku ambil gambar eh..rasa cam cantik je..


Interframe jam beli kat uptown..bukti ni bukti pernah mai sini..hehe


Kedai makan depan tu memalam ada orang duk nyanyi2.aku tumpang dengar je la


Tetiba teringat cerita ps i love you bila tengok gambar ni..wuuu..jiwangnya






Kasut bata kegemaran..erk..turut interframe..


Makanan yng ditapau sahaja..sebab aku nk tengok tv..mahal tahu..camni je habis rm50.nak jimat jimat kalau datang nanti bawak maggi cup tu.hehe..


Ni je yang mampu dibeli buat kenangan pernah datang ke bukit tinggi.beg tu rm10,poskad satu rm1.50 dan fm tu 3 rm9.90.

Memang best kat sini.nyaman jugak.cuma tak sesejuk dekat genting kut.dan aku duk cari cari strawberi.haha..asal tanah tinggi je,aku cari strawberi eh..wuu..apapun,tempat ni best untuk ambil ambil gambar,jalan jalan dengan keluarga.

Gambar aku ambil banyak.tapi semua gambar perasaan diri sendiri je la.haha..nanti nanti aku letak gambar taman jepun pulak eh..nak kena pilih pilih gambar dulu..

p/s: Nak masuk kawasan ni kena bayar rm12 sorang.kalau menginap kat hotel ni,nanti diaorang cut balik duit tu ok..





Wednesday 25 September 2013

WW


Assalammualaikum..selamat malam..



:D



Contest teka warna baju pengantin by Mama Darwish



Assalammualaikum..selamat malam..

Join contest mama darwish ^_^

klik sini

Rasa rasanya warna hijau dengan kuning..

Betui tak akak?

^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...