Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

WW Buah Mulberry



Assalmmualaikum..selamat sejahtera..


Gambaq buah mulberry yang pernah aku letak untuk WW jugak..tapi masa dia hijau lagi.



Ni dah semakin merah..nyum2..



Thursday, 24 April 2014

Pavlova Yang Berwarna Warni



Assalammualaikum..selamat sejahtera..

Aku sibuk membaking vanilla cupcake je sekarang ni..huhu..tadi baru ja habes baking carrot cake tempahan kawan.jadi aku dapat bw blog kengkawan waktu tengah lepak2 ja ni..ni pun aku duk kat dapuq ja ni sambil menaip.huhu..tadi aku dapat la buat pavlova kejap.lama kut aku tak buat.sesaja ja..sebab aku tak nak sia siakan buah markisa yang ada tu.hehe..jadi ni la hasilnya..




Ngeh ngeh..nampak sangat sedap..tapi aku lupa letak markisa..huhu


Meringue yang aku aku buat tadi..macam best je aku rasa..hehe licin2..


Ni pavlova yang aku bubuh isi markisa.memang sedap..masam bangat ni..but i like..^_^


Buah buah yang aku letak atas pavlova tadi..saja susun2 cenggitu..nampak kaler2 yang berwarna warni..baru ceria sikit.

Masa aku duk ambil gambaq2 ni,mak aku tengok ja aku kehulu hilir bawak pinggan pavlova.sat dapuq,sat depan..haha..maklumla..tadi mendung ja kut.tu aku kena ambil gambaq kat luaq.aku mana la tau nak ambil2 gambaq macam photograper yang pro..dalam rumah pun gambaq boleh terang benderang.hehe..nanti la aku beli kamera idaman aku tu..hehe..mesti semua gambaq pun aku ambil.haha..





Buah Markisa Mak



Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Baru bw sesetengah blog kengkawan..huhu..sangat sibuk..sampai apa cerita aku nak masuk dalam blog pun aku pikir2,ingat2 pastu lupa..bagus betul.hehe..ni aku buh gambar buah markisa yang mak aku tanam haritu..mak aku tanam dalam pasu besar je kut..tapi buah dia punyala banyak..


Mak aku yg kait.hehe..buah besar2



Isi markisa yg sangat sedap.huhu..aku nak letk atas pavlova..fefelling.hehe



Yang sebiji tu tak masak lagi..sesaja aku amik..masam lebih sikit


Ni sekarang pokok markisa mak aku ni duk menjalar atas pokok nangka,mempelam,inai depan rumah mak aku ni..buah banyak pulak tu.pokok markisa yang aku tanam kat melaka aritu udah lebuh..hehe..

Nanti2 baru aku up2 entry resipi..lama x buh entry resipi kan?hehe..dan nanti tengokla..pelan2 aku bw blog kemgkawan lama.in shaa Allah.tima kasih la kat kawan2 blog yang sudi2 singgah kat blog aku ni walaupun da lama x berupdate..huhu..








Thursday, 28 November 2013

Resipi Dan Tip Kek Keju Leleh




Assalammualaikum..selamat malam..


Ini dia resipi kek keju dan jugak tips yang aku nak kongsikan.memang banyak resipi kek keju ni.tapi aku buat ikut versi yang aku rasakan sesuai dan gunakan barang barang yang ada kat dapur.resipi yang mudah walaupun macam nampak banyak bahan








Bahan bahan kek

Tepung rose - 160 gram
(kalau takde letak tepung gandum 100 gram + tepung jagung 60 gram)
Baking powder - 1 sudu kecil
Ovalette - 1 sudu besar
Gula castor - 100 gram
Telur - 4 biji
Kuning telur - 2 biji
Butter (sya guna buttercup)- 3 sudu besar(dicairkan)
Air sejuk - 50 ml
Esen vanilla - 1 sudu kecil

Cara cara

Tepung rose(tepung gandum+jagung)dan baking powder diayak.
selepas tu masukkan ovalett,air sejuk,telur,kuning telur,gula castor,esen vanilla dan putarkan dengan mixer sampai kembang.bila dah kembang tu baru masukkan butter yang dah dicairkan terlebih dahulu eh.
gaul gaul sampai sebati..kemudian boleh la masuk dalam loyang dan dibakar guna suhu 180 darjah celcius selama sejam guna api atas bawah.ikut oven memasing eh..kalau atas kek dah coklat2 tu dah masak la..

Bahan bahan topping keju

Whipping krim uht - 50 ml
Susu pekat - 150 ml
Keju yang dah diparut - ikut kesukaan(kalau cheesecream 250gram)
(Sepatutnya guna cream cheese.tapi takde kat dapur dan aku rasa buat resipi camni pun dah cukup sedap)

Cara cara

Masukkan je semua sekali dan kacau2 guna mixer sampai sebati(kalau nak lagi cair,masukkan ja susu cair lagi..tapi lagi manis la..)pastu bleh la letak atas kek yang dah siap dan sejuk tadi..

TIPS

- gunakan air sejuk dari peti ais
- jangan lengserkan loyang dengan butter atau marjerin atau planta gunakan baking paper ja kat bawah sebagai pelapik.kalau takde baking paper,takyah letak apa2.hee
- terbalikkan kek ke atas redai 5 minit selepas dikeluarkan dari oven
- guna lidi untuk cek kek dah masak ke belum.kalau belum masak tepung akan melekat kat lidi
- cairkan butter dalam kuali je.hehe.jangan tunggu dia cair pulak
- satu adunan ni bleh dapat 2 kek loyang 8 "




Kek keju ni bagi aku memang sangat sedap dan kena dengan selera aku..bagi bintang 10/10.hehe.tapi memang agak manis ya kek ni..memang kena potong kecik untuk menikmatinya eh..ambik bebesar memang akan terasa muak la..buat dessert selepas makan memang sesuai.harap2 kengkawan yang cuba kek ni menjadi eh.ada apa apa pertanyaan tanya je aku ok..



Cupcake Dengan Biskut Buah Dan Daun Mini



Assalammualaikum..selamat pagi..


Ya..tajuk..maaf..berpusing pusing aku nak letak tajuk apa.huhu..semalam aku ada bagi kengkawan teka menda apa yang aku buat tu kan..dan pemenangnya ialah mama kaori tahniah mama kaori dan terima kasih jugak untuk kengkawan yang sudi meneka eh.. ^_^ sekarang aku akan tunjuk apa yang dibuat dengan menda semalam..ini dia..



Cupcake dengan buah dan daun mini untuk harijadi kakak aku pada 25hb haritu.hehe.


Dalam oven.letak atas tutup periuk je.hehe

Buah mini ni aku buat menggunakan doh biskut.sebab masa ni memang aku nak bakar biskut sekali.jadi aku amik sikit,aku uli2 buat buah dan daun mini ni


Lepas masak

Gambar semalam kengkawan byk teka fondant sebab dia berkilat kan..hehe..sebenarnya lepas dah masak dia dah tak berkilat pun.jadi biskut je.ngeh..ngeh..


Cupcake pandan,oren dengan strawberry

Aku sebenarnya tak dapat nak agak perisa kegemaran kakak aku.tu aku buat 3 rasa sekali.ha amik kau.huhu


Zoom cupcake dedekat.

Kalau ada kengkawan yang nak resipi cupcake yang gerenti sedap dan menjadi ni..nanti aku update eh..banyak resipi yang aku tak update lagi ni.huhu..karang aku nak cuba buat sugar cookie lagi.kalau menjadi cantik,aku post entry eh.hehe..



Sunday, 24 November 2013

Muffin Nangka Pertama Kali



Assalammualaikum..selamat pagi..


Selamat hujung minggu untuk semua.semalam aku kurang pegi bw blog kengkawan..maaf maaf..sebab semalam aku sibuk buat strawberry crepe untuk anak anak sedara aku..,memang aku suka je masak masak.janji ada orang makan.hehe. Ni aku nak tunjuk hasil pertama kali aku buat muffin nangka.memandngkan belen nangka meniaga haritu da sikit lagi,jadi aku cuba cuba buat muffin ni


Nangka yang dipotong dadu..eceh..


Ni hasil muffin nangkanya..walaupun rupanya kurang lawa,tapi lembut dan berasa nangka tentunya..hehe


Semasa dalam pembikinan..boleh cawan kertas aku tak cukup..huhu


Dah tentu masa masak muffin ni,satu dapur bau nangka ok..aku masak je muffin ni..tapi aku tak makan..sebab aku tak makan nangka..ngeh..ngeh..untuk resipi,aku akan update kat entry ni nanti..





Friday, 22 November 2013

Kek Keju Leleh Dengan Strawberry



Assalammualaikum..selamat petang..


Salam jumaat buat semua...memula sekali..maafkan aku sebab suka tunjuk gambar gambar makanan disini yang selalunya akan membuat orang orang yang berkunjung kesini tetiba rasa lapar..haha..makanan yang cantik itu amat mengembirakan hati ok.hehe.kalau dapat makan..lagi tak tau nak cakap camna la..ngee..


Sepotong kecil kek keju untuk tukang masak kek ni..aku la tu..

Aku kurang makan kek kek ni..tapi kek keju ni memang kena sangat dengan citarasa aku.aku makan kek ni rasanya sebijik sorang kut.huhu.kek ni jadi feveret aku sekarang..ngeh..ngeh..


Kek keju yang dah dihiasi dengan strawberry.deko oleh anak sedara aku..nyum2..(kek keju ni dibuat khas untuk anak sedara aku yang sorang lagi)


Kek duduk dalam oven..gebu gebu..



Ni sebelum dideko..hanya ditaburi keju yang diparut



Sesaja je aku letak gambar bebanyak..mesti ada yang rasa lapar lapar dah ni.hehe..

Jadi kepada yang nak rasa kek keju best ni..tempahan dibuka ya.nanti aku akan sertakan resipi dan tips tip untuk buat kek keju ni ok..



Sunday, 17 November 2013

Salad,Zinnia Dan Nangka



Assalammualaikum..selamat petang..

(Tempahan sekitar ipoh dibuka mulai isnin)


Aku ngantuk lagi..huu.semalam balik lewat sebab pegi mandi kat air panas gadek.pukul 3 pagi baru sampai rumah kut.aku takdela berenang2 kuak lentang,kupu kupu pun.aku letak letak kaki je.malas la nak menyalin bagai.hee.ramai orang semalam.maklumla hari minggu.sebelum tu buat salad lagi


Konon diet.tapi sebelumnya aku dah makan ayam berketui.huhu


Petang sebelumnya pegi belek belek bunga zinnia aku yang semakin banyak berkembang.haritu lebih lebih kurang warna purple kan..ni keluar bunga warna merah pulak..


Teruja tengok bunga banyak.hehe


Nangka yang dibuat macam bunga cantik kan..

Semalam pun ada menjual nangka.banyak jugak yang diaorang jual.ada lagi belen nangka ni..aku nak buat sesuatu dengan nangka tu.harap harap menjadi.hehe






Tuesday, 29 October 2013

Kek Kiwi kedekut Sikit



Assalammualaikum..selamat petang..

Hujan yang amat lebat pagi tadi kat sini..sekarang memang musim hujan dan kawasan yang aku duduk ni kawasan banjir.jadi tiap kali hujan lebat,aku pantau keadaan selalu.takut banjir..hehe.aku takleh nak blgwalking sangat sebab line tenet pun teramatlah lembab..huhu.terima kasih la kepada kawan2 yang sudi singgah2 dan bgi komen kat blog aku ni eh..


Ni la sebab aku bagi nama kek kiwi kedekut sikit..hehe.aku buat separuh bulat je.sebab jiran aku balik kampung,aku risau kek tak abes,jadi aku buat separuh je..hihi.seperti biasa deko2 ikut kesukaan sendiri


Kek kiwi ni aku buat pakai resipi kek vanilla.cuma diletak whipping krim dengan kiwi.jadila kek kiwi..ngee..


Masa pembuatan kek.kek ni sebiji sebenarnya.cuma aku letak setengah bahan dari resipi je.tepung gandum pun x sampai satu cawan aku guna.kek ni sedap.cuma agak masam sikit.aku rasa sebab aku pakai kiwi kurang masak kut.huuu.nanti aku update resipi kek kiwi ni eh.nak bw dulu kejap.



Tuesday, 22 October 2013

Gambar Kek Oren Lagi (Resipi Nanti Update Eh)



Assalammualaikum..selamat petang...

Pagi tadi baru dapat bw blog kengkawan..baru line ok ok sikit..apa yang aku cadang nak post semalam tak jadi,hari ni la aku post eh..sila jangan geram kat aku sebab pos gambr kek hingga menyebabkan kawan2 merasa lapar tetiba..hehehe..



Kek oren yang hebat..dengan hiasan tambahan..felling macam chef antarabangsa ni..haaa


Resipi kek ni,aku guna resipi yang sama untuk kek lemon cuma tambahkan air perahan oren dalam 3 sudu dan juga sikit kulit oren yang disagat/diparut.pastu tambah jugk sikit tepung.sikit je..jangan sampai satu cawan pulak..huhu 


Masa aku letak coklat ganache atas kek ni,aku telah menggunakan lapik dawai yang aku beli kat daiso..sebagai redai..haha..dawai tu sebenarnya untuk panggang2 ikan.tapi disebabkan aku ni takde redai bagai,aku gunakan dia sebagai alternatif.gelak2 aku sesorang.hentam je,janji kek aku siap.


Gambar semua diambil ketika mendung ni.jenuh aku cari tempat pengcahayaan..huhu..aku sukakan gambar makanan yang cecantik.hee..masa aku duk ambil gambar ni,ada je yang dah tak sabar sabar nak makan kek,abes je posing,terus sambar pinggan kek,terus dingap..haish..seronok sangat dia..

Kepada penggemar kek,silalah cuba kek oren dengan coklat ganache ni ye..memang tak menghampakan..aku makan kek ni sambil minum milo lagi..hehe






Monday, 21 October 2013

Kek Oren Dengan Coklat Ganache



Assalammualaikum..selamat pagi..

Selamat bekerja kepada yang bekerja..yang tak keja..sila cari aktiviti untuk dibuat..klau tak nanti boring..ngee...semalam aku ada letak gambar buah buah untuk teaser...(aceh....hehe).aku memng suka makan buah buah tu semua..terutama kiwi.tapi sejak2 semakin muda ni,wah mudanya...aku kurang suka makan buah yang masam masam..aku suka yang manis manis je.hehe.sebenarnya buah yang aku potong semalam tu khas untuk deko kek ni..


Kek oren disaluti coklat ganache dan whipping cream sebagai fillingnya....

Asyik masak kek je aku ni eh..hee..aku nak menghabiskan stok buah dan bahan kek yng masih ada sebenarnya.risau kalau tak pakai nanti,expired dah rugi pulak buang.masak masak kek,dapat jugak aku makan,pastu jiran aku pun turut kenyang sekali..hehe.berkongsi rezeki la katakan..


Semasa proses pembuatan


Cuaca mendung je..jadi gambar kek ni pun agak mendung.huhu

Sesapa yang suka makan zip perisa oren tu mesti suka kek cenggini..rasa lebih kurang sama dah ni ha..he..resipi aku guna yng sama macam kek lemon..cuma aku tambah tepung sikit lagi.deko pun macam biasa..aku sesuka je letak semua buah kat atas..boleh hero aku cakap ni kek kipas..ceh..susah payah aku pikirkan cara tuk deko kek ni tahu..

Hitam la hitam si tampuk manggis,sungguh pun hitam kupandang manis..(macam kek ni..walaupun hitam.tapi manis.rasa dia memang hebat....)

P/S:penulisan aku ni ayat berpusing2 eh...hehe..takpala..janji paham sudah ^_^




Sunday, 20 October 2013

Buah DiHari Minggu



Assalammualaikum..selamat tengahari..

Hujung hujung minggu...banyaknya keja kena buat...lipat,sidai,sapuh,basuh,masak..huhu...malas boleh tak...dah la masak bihun tadi bihun aku jadi pendek pendek..huhu..memang dari dulu tk pass aku ni masak bihun goreng..(gambar tak boleh dipaparkan sebab sangat lawa..hehe)aku tunjuk gambar ni aje...teaser2..


Asyik asyik buah je aku ni eh..hehe...dah tu ni je yang banyak dalam pegi ais aku..ok..selamat berhujung minggu semua...



Friday, 18 October 2013

Resipi Kek Lemon Yang Gebu Dan Enak



Assalammualaikum..selamat petang..

Hehe..tajuk kemain lagi ya..tadi gambar kek yang belum dipotong..sekarang yang dah dipotong pulak..berserta dengan resipi nya sekali.ada macam macam versi resipi kek lemon ni..tapi aku ikut resipi yang ni..sebab hasilnya gebu dan enak sekali..hehe..



Sekeping kek yang enak..hehe..promosi ni..

Bahan bahan

Tepung gandum - 1 cawan
Butter - 1 cawan
Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
Tepung penaik - 1 sudu kecil
Gula kastor - 1 cawan
Pewarna kuning - ikut suka nak kaler pekat ke tak
Esen vanilla - 1 sudu kecil
Telur - 3 biji

Cara cara

Tepung dengan soda dan tepung penaik diayak dulu.ketepikan.butter dengan gula mixer sampai kembang,bila dah kembang masukkan telur dan esen vanilla.mixer sekejap.kemudian bolehla masukkan tepung yang dah diayak tadi.baru masukkan pewarna kuning tadi

Bila dah sebati( putar sekejap je)bolehla dimasukkan dalam oven..letak suhu 180 darjah celcius..bakar dalm kira kira satu jam..ikut oven masing masing ya..



Dan bolehlah dihiasi ikut sesuka hati..aku letak filling kat tengah tu sikit sangat..huhu.jadi tak berapa nampak 2 bahagian kek tu.sebab lemon filling tu pun warna kuning..kalau suka letak fresh krim kat tengah tu pun ok.bertambah sedap


Nampak tak lemon filling yang tersangat nipis tu..huhu..aku suka kek lemon ni..nanti2 boleh buat lagi.lagipun resipi dan bahan kek dia amat mudah dan senang didapati..sesapa yang suka kek masam masam manis,haruslah mencuba kek ni..gerenti puas hati..hehe..



Kek Lemon Dengan Lemon Filling



Assalammualaikum..selamat pagi..

Salam jumaat kepada semua..semalam aku ada buat lemon filling.dibuat khas untuk aku sesuatu..ceh..hehe..aku nak buat ni sebenarnya..(kepada sfaezah..yeay..anda betul..(^_^)


Kek lemon dengan lemon filling dah semestinya..


Kek ni dh siap semalam sebenarnya.tapi sebab pencahayaan kurang baik tuk aku ambil gambar,aku peram dulu kek ni dalam lemari es.hehe.berangan macam pro2 ambil gmbar je..hehe


Aku teruja dengn kek ni sesangat.jadi aku ambil gambar kek ni bebanyak..ni pertama kali jugak aku buat kek lemon ni.alhamdulillah menjadi.aku duk sengih sengih je tiap kali tengok kek ni..hehe..boleh camni..


Deko deko kek ni pun aku main hentam je..aku tak reti..huhu.aku letak lemon dengan oren yang dipotong kecik untuk menimbulkan efek 3d..erk...sesuka je..haha..yang pin gantung gantung kecik tu sekadar hiasan.cantik kan?kalau ada kengkawan yang nak..nanti kut kut aku buat ga,aku bagi eh..


Aku letak lagi gambar kek lemon ni..sila tengok eh.ni kat kedai kek lain takde deko cenggini ni.hehe..ramai dah yng menanti tuk mengap kek ni dari semalam ni.tapi aku suruh sabar dulu..bagi aku ambil gmbar dulu.hehe..karang ni nak kena potong dah la kek cantik aku ni..sebab semua dah mula buat muka kesian nak makan kek..ngee...





Thursday, 17 October 2013

Resipi Lemon Filling



Assalammualaikum..selamat petang..

Hari ni mendung je..jadi aku pun rasa ngantuk..dah la demam pun tak baik baik lagi.huhu..aku malas nak tido je..nanti sakit sakit badan pulak..jadi aku belek belek resipi macam biasa..ini dia..menda yang aku buat tadi..hehe.



Lemon filling


Ni bahan bahan nya

Bahan bahan

Telur - 3 biji
Butter - 3 sudu
Gula - 140 gram
Garam - 1/2 sudu kecik
Lemon - 1/2 biji diperah ambil air saja

Cara cara

Campurkan telur,gula,garam dengan air perahan lemon.gaul gaul sampai sebati.kemudian letak dalam loyang.dengn menggunakan kaedah doubl boiler,kacau kacau campuran ni sampai agak likat

Pastu angkat,masukkan butter dengan kulit lemon yang disagat sikit..kacau kacau sampai sebati..dah siap..sila tutup dengan plastik supay tak keras nanti eh..


Ada yang nak dibuat dengan lemon filling ni tahu..aku malas nak kuar pegi kedai nak beli filling ni.tu aku buat.kebetulan bahan bahan dah memang ada kat rumah ni..nanti aku bagitau nak buat apa eh..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...