Showing posts with label Luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan perasaan. Show all posts

Saturday, 22 August 2015

Cerita cinta.Hehe..



Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Aku kat tempat keje ni..cuba2 nak menaip balik kat blog aku yang ensem ni.haha..aku betui2 dah takdak idea macam dedulu..tulis ja..dengan panjangnya..sekarang idea tandus..haha.,


Muka takdak idea.hehe..

Sekarang aku banyak habiskan masa dengan keje..tempahan..jarang kuaq jugak pun.,segala kekecewaan aku dulu..dengan @AA semua dah abes.hehe..kalau tak dulu entry kecewa penuh ja kat blog ni kan?tensen ja bila tengok balik.haha..tapi memang semua rasa tu hilang dengan masa..walaupun agak lama untuk aku biasakan diri aku tanpa dia..dari kosong..,dia tinggalkan aku..aku semangat untuk bangun balik..sampai la aku yang sekarang..aku bersyukur jugak sebenarnya dia buat aku macam tu..kalau tak selagi tu aku mesti tak berdikari dan tergantung kat dia ja,,.


Lepas dengan @AA aku kenai dengan @MNS dia orang yang banyak bantu aku untuk bangun balik dari segala kekecewaan..dia bantu aku dari segala segi..aku tak mungkin dapat balas budi dia kat aku..memamg aku berterima kasih sangat sangat kat dia..walaupun kami tak lagi berssama..aku tetap doakan kebahagiaan dia..sebab dia memamg orang yang sangat banyak membantu aku..tima kasih @MNS ^_^



Sekarang..@MSR yang ada dalam hati aku...perkenalan yang bermula sebab idung dengan kasut converse ja..ati aku betui2 terpikat dekat dia..walaupun tak pernah jumpak..pelik kan?..bila dah jumpak..semakin la aku tak leh lupakan dia,.aku tak cari orang yang sempurna tuk bahagiakan hidup aku..aku cuma nak aku tenang dengan hanya memikirkan pasai dia..dan aku nak dia jadi semangat untuk aku disepanjang jalan hidup aku..


       Kita memang takkan jangka siapa yang kita akan jatuh cinta..siapa yang akan buat kita terluka..cuma kita sentiasa kena redha dengan ketentuan yang ditentukan..dan jangan cepat mengalah untuk terus jatuh cinta..walaupun cinta terkadang memeritkan lebih dari membahagiakan..aku tetap akan terus mencari cinta yang akan buat aku bersemangat dan tenang disamping dia..

Aku cuba bw blog kengkawan nanti eh..pastu pelan2 aku letak resipi2 balik,lukisan2 aku..hehe..arap ada lagi kawan yang sudi singgah2 sini ^_^tima kasih...





Sunday, 22 February 2015

Entri Fefeeling..



Assalammualaikum..selamat sejahtera,,

Lama jugak aku buat entri fefeeling kan?huhu..aku bukak2 ceta2 lama dulu..memang beza tulisan aku dulu dengan sekarang..dulu panjang berjela..skrg ada la ciput..hoho..idea takdak okk..



Yep..dulu memang aku rasa aku sangat berperasaan.tu tulis panjang2 pun boleh..huhu.pasai @AA..Aku dah lama move on.aku memang dah lama buang dia jauh jauh dari hati aku..walaupun nama dia dan apa yang dia buat tak mungkin aku lupa.aku harap dia tak buat kat perempuan lain macam mana dia buat kat aku..dia cari yang sempurna..aku harap dia dapatla bertemu dengan yang sempurna 100%.aku ni biasa2 ja..nak ckp sempurna tu memang jauh sangat..haha..



Memang sejak cerita aku dengan dia dulu..aku banyak sangat berpikir..memula rasa macam nak putus asa denagn semua2 tapi aku kuatkan semangat aku untuk terus kedepan tanpa dia..dan aku rasa sekarang sikit sebanyak aku boleh berdikari..boleh terus tanpa dia..kat hati aku..tahniah untuk diri aku sendiri..hehe..



Pesanan untuk kengkawan yang ada kut putus2 cinta..banyak2 bertabah eh..jangan putus asa..dan jangan terlalu mengenang orang yang dah tak peduli pasal kita..kita pun buat ja macam tu jugak..banyak lagi pilihan kat depan mata..kita cuma kena bukak hati kita untuk terima ja,,mesti akan jumpak yang lagi bagus dari dia..in shaa Allah.. :)


Buh gambaq satu..hehe..saja ja aku posing cenggini..haha..marah cameraman aku ok..asyik posing ja..takpa..nanti aku bagi upah brownies dekat dia..hehe..

P/s:sori entry fefeeling..haha..ini blog campuq2 macam pasemboq..haha..




Thursday, 29 May 2014

Cintan Cintun..(@MNS)



Asalammualaikum..selamat sejahtera..


Sebenarnya aku malas nak tulis entry2 luahan perasaan..sebab tak pandai aku nak menaip.huhu.tapi takpala..aku taip2 jugak la.aku sebenarnya suka sangat bercinta..haha..aku tak kisah walau banyak kali manapun cinta aku tu kecundang di tengah jalan ke apa ka..tetap aku gigih nak bercinta jugak.sebab apa?sebab aku rasa bila bercinta ni..semangat tu bertambah2.dan bila bercinta ni terasa daun2 berguguran,bunga bunga berkembangan,burung burung berkicauan..nyaman bangat la kononnya..



U,me n po..(sweet memory :'( )

Tapi tu la..ada pulak yang tak bestnya kan..bila putus cinta tu..rasa macam kosong..tambah bila ingat kenangan sama sama.tapi aku memang suka perasaan putus cinta tu.masa tu baru kita terpikir salah2 kita kat dia,duk pikir kalaula masa boleh berpatah balik ke keadaan dulu2.sekurang kurangnya ada kenangan manis yng buat kita tersenyum masa dedulu.jadi aku tak rasa kita kena sedih2 sangat kalau dah putus cinta ni.kena senyum banyak2 dan bertabahlah.




Mungkin nanti akan ada yang lebih baik dari dia untuk kita.kita mungkin nak mencari seseorang yang sempurna untuk hidup kita..tapi mana ada orang yang sempurna kan.jadi aku pun dah selalu cakap kat diri  sekarang.cari seseorang yang dapat menerima kekurangan diri kita seadanya.kita pun lagi bagus kalau mendoakn ja kebahagian si dia.walaupun bukan dengan kita.sebab dia pernah jadi orang yang kita sayang satu ketika dulu kan?





Aku pun tak tau nak taip apa dah..huhu..kepada MNS..aku nak ucap terima kasih bebanyak sebab dapat memahami diri aku dan bersabar dengan aku yang garang dan suka berangin angin ni..huhu..bertabah ja la eh..



MNS..jangan perasaan muka anda macam pelakon cucu menantu ni eh.,saya terasa mau gelak guling2..haha







Thursday, 16 January 2014

Terima Kasih Blog Herba Tihara Dan Blog My Cherita



Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Aku mintak maaf sebab tak bw blog kengkawan..maaf tau..dan sebab dah lama tak bersiaran..huhu..aku sangat sangat kurang sihat sekarang.semua ubat pun aku telan je..sakit yang aku ada bercampur pulak dengan tekanan yang aku hadapi sekarang...wuuu.. perkataan pun tak dapat menggambarkan macam mana..



Bila aku dah ok..rasa sihat sikit..aku bw blog kengkawan eh..maafkan aku..aku memang agak tertekan sekarang dengan macam macam masalah..tambah dengan masalah kesihatan lagi.dalam tak berblogging beberapa hari ni..alhamdulillah..ada rezki aku..terpilih untuk dapat cenderahati dari segmen review herba tihara blogspot dan jugak dapat masuk bloglist my cherita terima kasih2..best2 sebab terpilih..hehe


Semoga aku terus dapat bertabah dan bertahan walaupun aku sendiri tak tau selama mana..memang niat dia nak mainkan perasaan aku..memang dia takkan biarkan aku sesuka ati lupakan dia..aku harap sangat dia gembira dengan permainan dia sekarang.sebab memang dia berjaya buat aku rasa sangat sangat down.. :') .dia bagi harapan sekejap kat aku..lepastu..dia ambil balik semua2 tu..hurt me bad..like shipp..aaaa..



Aku berharap masih ada pelangi yang akan muncul selepas hujan dihati aku....''hati...moga bertabah selalu" in shaa Allah...

p/s: Maaf..sebab asyik sentimental mood je ni....wuuu..









Thursday, 9 January 2014

Annoying Question




Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Kepada kawan kawan yaang ada bertanyakan kenapa gundipulut nama url blog adik tu..ni aku jawab eh..gundi tu guni la..guni pulut.nama tu abang aku bagi kat dia.sebab abang aku rasa adik aku tu comey macam guni pulut..ngeh ngeh.ni kalau adik aku baca ni mesti dia marah aku.hehe.kat sini mendung je..jadi memang ku rasa macam nak tido je ni..hehe..



(google image)

Tadi boleh pulak aku mimpi seungri dengan top..tolong paham..ni semua anak sedara aku pasal la ni..huhu.tak pernah2 aku minat kpop.tapi terjebak jugak sikit ni.muahahaha(gelak jahat)


Sebenarnya aku nak cerita pasal soalan yang men "annoying" kan aku.bagi aku ni..soalan ni mampu membuatkan aku tetiba buat mulut ala2 duck face..hohoho.walaupun sekadar mesej2 kat telepon..macam ada sorang ni.aku baru kenal je kut..tetiba je mesej aku..

"Awak rindu saya tak?"
"Awak sayang saya tak?"
????????

What the???

Nak je aku mesej dia balik.."kau ni dah kenapa??".haha..agak agak la nak tanya aku soalan macam tu.apa jawapan yang harapkan dari aku?.dia nak aku balas aku rindu,aku sayang ke?mana nak boleh.sebab dah gerenti la aku tak rasa macam tu..huhu.selalunya kalau aku dapat soalan camni,memang takde balasan la aku bagi.aku biar je.rasa macam menipu je kalau aku balas rindu,sayang.karang orang tu perasan lebih2 pulak kat aku..ha..ngeh..ngeh..aku cuma hantar balasan mesej rindu,sayang tu kat orang yang betul2 aku rasa macam tu je.aku ni jujur ok..jujur.hehe



Jadi kepada sesiapa yang berkenaan tu..stop hantar mesej2 pertanyaan macam tu kat aku..huhu.sebab memang aku takkan balas untuk soalan yang macam tu..maaf tau..







Saturday, 4 January 2014

It's Easy To Say Sorry But...




Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Selamat berhujung minggu kepada semua kengkawan..maaf sebab ada lagi kengkawan yang aku tak sempat nak bw..aku sangat sibuk hari ni..maaf eh..nanti aku bw pelan pelan ok..tadi petang..aku pegi aeon..pusing pusing cari baju.tukar style la.nak bergaya macam k pop..haha..aku cakap kat anak sedara aku,aku beli baju macam tu sebab nak ngorat top..digelak kan nya aku..hohoho..ceh..anak sedara aku cakap top pun tak teringin kat muka aku ni..sampai hati ok..merajuk la camni.hehe



Hujan bawak sampai kepetang kat sini..memang aku dah felling2 nak tido..tapi sibuk punya pasal..memang tak tido la.dalam sibuk sibuk,.aku dapat mesej dari dia..dia cuma mintak maaf kat aku.aku rasa..dah takde apa yang nk aku maafkan kut.sebab aku memang dah maafan dia..walaupun cukup banyak sedih sengsara yang dia bagi kat aku..jadi..kepada dia,tak perlu lagi minta maaf kat aku..aku maafkan dia seikhlas hati aku..


Patut aku yang bagi ni kat dia..

Tadi aku ada jumpak dengan seseorang yang patut aku sayang dulu..tapi sebab aku pilih dia,aku tinggal seseorang ni..sekarang bila keadaan jadi macam ni..memang aku tak sangka..seseorang ni masih sudi jumpak aku,menemani aku,dengar cerita cerita  sedih aku,dan tengok titisan airmata aku...wuuu..aku sangat2 terharu dan berterima kasih kat sesorang ni..dia tetap ambil berat kat aku..tak kira apa pun yang pernah terjadi.sedih aku tetiba okk.rasa macam ada bawang je dekat2 persekitaran..wuuuu.. T_T


Aku rasa..inilah waktu yang tepat untuk aku terus melupakan segalanya..dan aku jugak harap dia dapat lupakan semua..jangan hubungi aku dah.aku memang tak pernah berharap dia kembali kat aku.semua yang terjadi ni pilihan dia.aku redha semuanya..dan harap dia sentiasa bahagia walaupun bukan dengan aku..aku ikhlas seikhlas ikhlasnya..

Untuk dia..teruskan tersenyum macam dulu..tak perlu sikit pun mengingati aku..sebab aku rasa itu dah tak perlu... 



Waktu yang tepat tuk berpisah - sheila on 7



Dan bila kau harus pergi
Jauh dan tak kembali
Ku akan merelakan mu bila kau bahagia
Selamanya disana walau tanpaku

Ku akan mengerti cinta dengan semua yang terjadi
Pastikan saja langkahmu tetap berarti

Bisakah aku tanpamu sanggupkah aku tanpamu oo.....

Sehangat pelukan hujan saat kau lambaikan tangan
Tenang wajahmu berbisik
Inilah waktu yang tepat tuk berpisah
Selembut belaian badai saat kau palingkan arah
Jejak langkahmu terbaca
Inilah waktu yang tepat tuk berpisah

Ku akan pahami cinta
Dengan apa yang terjadi
Pastikan saja mimpimu tetap berarti

(*)
Aku tak pernah mengharap kau tuk kembali
Saat kau temukan duniamu
Aku tak pernah menunggu kau tuk kembali
Saat bahagia mahkotamu bila kedamaian selimuti

Jangan kau kembali...


Tuesday, 24 December 2013

Lukisan : Bamboo & Nature Quote





Assalammualaikum..selamat sejahtera...


Berputus asa perkara yang mudah..tapi aku memilih untuk terus berusaha selagi aku terdaya...



Sketch bamboo aku buat tadi masa duk menung2..huhu

'' A sensitive plant is a garden grew,
And the young winds fed it with silver dew,
And it opened its fan-like leaves to the light,
And closed them beneath the kisses of night."



Ucapan terima kasih sebanyak mungkin kepada kata2 semangat kawan kawan..aku amat amat hargai semuanya..ikhlas dari hati aku.








Saturday, 21 December 2013

I'm Singing My Blues


Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Selamat berhujung minggu untuk semua..semoga sentiasa ceria,bahagia bersama sama insan tersayang..kat sini langit kelabu.macam hati aku jugak.huhu.aku tak tau berapa lama aku mampu meneruskan penulisan aku kat blog aku yang aku rasa cambest ni walaupun dengan cerita merapu rapu ni.hoho.aku memang suka tulis tulis walaupun aku tak berapa pandai bercerita..satu medium tuk meluahkan perasaan aku..aku rasakan..aku berharap aku mampu terus menulis di blog ni selama mana yang mungkin..



Gambar yang aku amik jugak semalam ni..

Berapa lama aku nak blues macam ni?aku pun tak tau..aku hanya mampu berharap masa akan tentukan.aku akan terus berusaha untuk segalanya..bukan untuk aku je,tapi untuk insan2 yang masih ada dalam hidup aku.untuk insan2 yang masih menghargai dan mengharapkan aku.



Smize to hide all my sorrow and pain..(eceh..)

Semoga aku terus bertabah untuk segalanya.andai semua ni sudah ketentuanNya..,aku redha terima segalanya..aku bukan sempurna.tu aku tau..(aku tau segalanya yang dia pikirkan tentang aku.dan dia tau kisah silam aku..mungkin sebab tu dia nak pergi dari idup aku..)


Motivasi diri sendiri.. :')

Walaupun hati ada kelabu,biru.dengar lagu ini..layan sesuka..sekali sekala..



Blue - big bang (english version)

The Winter's gone and the spring has come
We've withered away
Our hearts are torn from the yesterdays
I’m singing my blues
I'm used to the tears, the doubt and the fears that hold me oh
I’m singing my blues
I hope you can see
I’m loosing my grip on you oh oh 

We're looking up into the same old sky except that you and I 
Are further from the place we used to love
I am leaving you with just a word 
Yea It's selfish girl
But I have never been that good with words
Oh this could be the end of our dream
No one can help me
Maybe this is our final scence 
Watch the curtain closing drop down low
to bad now Ive got nothing to show

The moment I met you this I Know
I'd always Let my loving show
But I have lost my way into the blue
And when I close my eyes I pray we'll see it through

The Winter's gone and the spring has come
We've withered away
Our hearts are torn from the yesterdays
I’m singing my blues
I'm used to the tears, the doubt and the fears that hold me oh
I’m singing my blues
I hope you can see
I’m loosing my grip on you oh oh 

I wish that I could feel my cold heart
But We're so far apart, just like the ocean that's between our love
Your type of love is like a trauma 
When all is said and done
I’ll dry my tears and think of what we were 
My apathy is all Ive got for now
Nothing gonna hold me down 
I can’t take your complicated run around 
And I don't care if you ain’t there for me now
Cause I got a new sound 
People come and go like downtown

The moment I met you this I Know
I'd always Let my loving show
But I have lost my way into the blue
And when I close my eyes I pray we'll see it through

The Winter's gone and the spring has come
We've withered away
Our hearts are torn from the yesterdays
I’m singing my blues
I'm used to the tears, the doubt and the fears That hold me oh
I’m singing my blues
I hope you can see
I’m loosing my grip on you oh oh 

And when the night has come and were underneath the stars
Thinking what went wrong 
Falling asleep alone, but you always know
that even in my dreams I sing this song....

I’m singing my blues
I'm used to the tears, the doubt and the fears that hold me oh
I’m singing my blues
I hope you can see
I’m loosing my grip on you oh oh (x3)




# maafkan aku kalau aku dah bersedia untuk lupakan kamu...



Friday, 20 December 2013

Lukisan:BUA(nurture the blues)




Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Salam jumaat.have you ever had a nightmare so terrible that it woke up you?to be happy all the time is to dream,unaware of the delusions that called us to sleep.sadness wakes us up.we stop dreaming in order to take care  of ourselves.blue periods are given to us to learn from and grow spiritually..


Blues untuk aku(dilukis dengan bersemangat waja pada tahun 2003)

♥  the happiness/unhapiness cycle is natural as day following night.spring following winter,death following life,cycles create equilibrium.if there were no cycles,all would be absolutely still,immobile..a negotion of life....




You've been havin' real bad dreams, 
You used to lie so close to me, 






Thursday, 19 December 2013

Lavender Di Hatiku




Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Ni aku letak gambar sugar cookies dengan lavender sebagai lukisan atasnya..hehe..aku main lukis je pun..janji ungu2 lavender la tu..aku tengah cari idea apa aku nak buat ni..walaupun otak agak tepu dengan semua permasalahan yang melanda.hati sentiasa bersabar dan redha..



Lavender di sugar cookiesku..


Rasa macam nak berlari lari kat padang yang dipenuhi lavender je ni..nyaman je kan..


"My friends keep tellin' me
That if you really love him
You've gotta set him free"








Hadiah Dan Cenderahati Dari Kawan Blogger




Assalammualaikum..selamat sejahtera


Kepada kawan kawan yang komen di entry jejaka kacak dan quote aku ucap tima kasih tau..sebab sudi komen.hehe..gambar tu aku lukis tuk ilangkan boring..ciri jejaka idaman satu ketika dulu..dulu je la..haha..sekarang aku lebih kepada realiti..haha..mesti cari yang baik hati dulu..rupa letak dibawah sekali ciri idaman tu..kan?kan??saja aku kongsikan lukisan denagn kengkawan supaya dapat la tau pandangan kawan2 terhadap lukisan aku.boleh je komen apa.aku terima.boleh jugak berkongsi minat bagi kengkawan yang ada sama hobi dengan aku ni.sebab aku suka dengan lukisan dan mengaler.

Ni aku baru balik dari umah mak dan ambil semua surat surat yang sampai kat sana..surat yang diterima semua dari kawan blogger..terharu..hehe..bukam senang nak dapat surat pos ni..hehe..bukan macam dulu dah kan..


Dapat cenderahati korea dari shadira ada poskad dan keychain tepon korea..aku teruja..hehe..sebab nak pegi korea sendiri tak tau la bila..hoho..tima kasih shad.. ^_^


Bookmark dari kak kathy untuk pengomen kat diari resipi.tima kasih kak kathy..akan aku simpan dalam buku bacaan aku. ^_^


Yang ni adiah fridge magnet sebab join giveaway dari dedeq..yang ni dapat dari ain(blog aku ain kau siapa) aku nak lekat kat peti ais..tima kasih ain ^_^

Tentu aku gembira dapat semua2 ni dari kengkawan tadi..rasa macam best je..haha..maklumla aku ni jarang dapat hadiah..sebab takde sapa sudi bagi kat aku..jadi ku amat berterima kasih kat kengkawan yang sudi bagi adiah2 ni..aku suka..dan kepada kengkawan yang rerasa nak bagi adiah kat aku tu,aku alu alukan dengan penuh hati yang terbuka dan gembira.mintak je alamat kat aku tau..jangan malu malu.hahaha..




Saturday, 14 December 2013

For The Last Time..




Assalammualaikum..selamat sejahtera...



Tima kasih kepada kengkawan yang mendoakan aku di entry yang lepas...aku hargai komen2 kengkawan..walaupun kita kawan sekadar dialam maya..tapi cukup buat aku terharu...


Aku berharap biarlah ni kali terakhir entry aku tentang kecewa,sedih dan terluka....aku amat berharap..aku akan tabah mengharungi hari hari mendatang.mungkin lepas ni aku akan lebih terbuka untuk menceritakan tentang diri aku..in shaa Allah..dan kepada kengkawan yang masih sudi bertandang ke sini..terima kasih aku ucapkan..walaupun blog aku ni kekadang penulisannya buat aku sendiri pun pening..hihu






Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/lirik-lagu-masih-aku-cinta-shila-amzah.html#ixzz2nOKeESmv

Walau apapun terjadi..aku tetap hargai apa yang pernah dia buat dan korbankan untuk aku selama ni..dan aku takkan pernah benci dia..semoga dia dapat menjalani kehidupan yang akan lebih bahagia dimasa akan datang.ikhlas dari hati aku..percayalah.. :')

P/S: maaf entry aku agak berjiwang..sekali sekala je ni..huuu..aku harap2 lepas ni takkan ada entry jiwang2 dah..ok..aku ni memang sentimental orangnya..huhuhu...






Friday, 13 December 2013

Wordless,Speechless..




Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Maaf aku tak bw blog kengkawan..aku nak bertolak ke ipoh untuk selesaikan permasalahan aku..moga aku dapat cari kepastian untuk semuanya..moga aku terus tabah hadapi segalanya..


- larilah sejauh mana kau ingin pergi,aku tak kan kejar kau lagi-



@yna




Thursday, 5 December 2013

KEPADA PESERTA GA ADRIANNA SYAZ


Assalammualaikum..selamat petang..


Ya..entry khas sebenarnya..maaf kalau agak menganggu dengan tajuk diatas..hehe..entry ni dibuat sebab aku tak dapat tahan rasa seronok,teruja,hiba,sengih2 dan macam macam perasaan lagi la..tak boleh nak digambarkan..hoho..sungguh tak disangka ga aku ada jugak kengkawan yang sudi join..pulak tu ada kengkawan yang sangat sukakan hujan macam aku..aku sesangat terharu..sampai tak tidur malam tahu.aku punya belek blog kengkawan yang join.hehe



Ada peserta yang join gigih letak lagu untuk bagi penganjur dengar..wahhh..memang aku cukup2 terharu sampai tak terkata..

Ada yang cerita pasal apa sangat sukakan hujan

- Ada yang letak gambar hujan bebanyak..ya..aku sangat suka dan sangat hargai.aku tengok semua gambar gambar hujan denagn penuh perasaan.

- Ada yang letak gambar hujan yang kebetulan memang sama macam yang aku minat..best2..

-  Ada  yang siap tulis lirik lagu hujan 

- Ada yang tulis kisah kisah memori yang berlaku semasa hujan..

AKU SANGAT TERHARU OKKK..^_^ 


Sebab ramai yang buat luahan perasaan kat ga ni..aku pun nak buat jugak la..haha..memula..

Kenapa aku sangat sukakan hujan?

Hujan itu rahmat..dan aku sebenarnya lonely person betui ke apa aku tulis ni? ngee..aku suka duk dediam je sambil layan layan perasaan(kalau takde keje nak buat la)selalu je aku tengok rintik rintik hujan kat luar tingkap bilik aku masa duk sesorang..bila ada hujan,aku tak rasa keseorangan dah..sebab ada bunyi titik titik hujan temankan aku..(cewah..) dan bau hujan + bau dedaun memang aku sangat suka..rasa nak simpan dalam botol je..hehe


Aku suka titis hujan yang melekat kat cermin..


Dan titis hujan yang melekat kat daun..


Dan seperti salah seorang peserta ga.aku jugak pernah frust cinta2 dulu,lalu aku lari lari kecil pegi kat tengah hujan dan nanges2 sesorang..motif?kan ada quote,.hujan menyembunyikan air mata dan bunyi tangisan kita?yep..itulah yang aku lakukan..feel ok feel.. ngee..


"i'll never let you see,the way my broken heart is hurting me,
i got my pride and i know how to hide,all my sorrow and pain,
i do my crying in the rain"

(A-ha - crying in the rain)


Dan disebabkan jugak,ramai yang letak gmbar hujan bebanyak..ha ni amik kau..aku pun nak letak jugak banyak banyak gambar hujan yang aku suka..hohoho..sila tengok dengan penuh perasaan eh..


Hujan +hijau...sangat cantik..


Titis hujan yang cantik..


So sweet..remind me of you bebeh..♥


Cantik sangat titis hujan tu


Ren oh...i like this pic tu..hehe..sian bunga tu kan..


^_^


Gambar selepas hujan pun cantik...

Banyak kan gambar..hehe..

Tima kasih sudi baca entry bergambar yang panjang..pastu lambat 
loading..ngeh..ngeh..


P/s:walaupun musim musim hujan ni banjir..tapi hujan tu rahmat dari Allah..dan tetap mempunyai kecantikkan dan keunikkan yang tersendiri yang tak dapat diungkapkan dengan kata kata..

LOVE RAIN..♥♥





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...