Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Monday, 2 March 2015

Wholemeal Loaf Yang Gebu Gebu




Assalmmualaikum..selamat sejahtera..

Mari kita membuat roti..hehe..ni roti yang aku buat sendiri tau..hehe..wholemeal punya..memang sedap..tambah kalau sapu butter atas dia...dan bakar kejap...hebat~~hehe


Memang gebu2 aja..


Ni sebelum dipotong ya..

Dulu nak makan roti,kena beli..sekarang..kalau rajin..sila buat sendiri ja.haha..aku tengah keje ni..krg rerajin aku bw eh..^_^



Saturday, 16 November 2013

Resipi Roti Buku



Assalammualaikum..selamat petang..


Selamat berhujung minggi kepada semua..hari ni sarapan roti yang aku buat semalam je..mentang2 dah terer sikit2 buat roti..hehe..sekali uli uli roti ni,mesti nak lagi tau..dah rupa ketagih roti pulak..hehe.ada yang tanya resipi roti yang aku gunakan.jadi aku sertakan sekali resipi rotinya eh..


Roti yang gebu gebu dan lembut aje

Aku buat roti ni ikut resipi dari ceria resipi (terima kasih ya ^_^)cuma sikit sikit je aku tak letak sebab barang barangnya takde kat rumah.aku cuma gunakan apa yg ada je.jadi untuk resipi yang penuh dan jelas boleh la ke blog ceria resipi ni

Bahan bahan

Yis segera - 1 sudu kecil
Gula - 1 sudu besar
Air - 1 cawan

Campurkan yis dan gula dalam air tu dan biarkan sampai berbuih


Tepung gandum/tepung roti - 300 gram
Bread improver - 1 sudu besar
Bread softener - 1 sudu kecil
Telur - 1 biji(ambil putih aje)
Butter - 2 sudu besar
Susu tepung - 2 sudu besar
Garam - 1 sudu kecil
Vegetable shortening - 1 sudu kecil

Cara cara

Campur tepung,bread improver,bread softener,garam dan susu tepung.gaul2 sebati.kemudian baru masukkan telur putih,butter dan jugak shortening.gaul gaul lagi.dah agak sebati tu,masukkan air yis tadi.uli uli sampai jadi doh..kalau lembik,tambahkan tepung gandum sikit.uli sampai doh tak melekat kat tangan.

Kemudian biarkan doh tu mengembang.penyek pemyek kejap..dan bolehla uli ikut bentuk kegemaran.biarkn lagi doh tu mengembang dalam 2 jam.sebelum letak dalam loyang.sapu butter kat keliling loyang dulu eh.bakar dalam oven guna suhu 180 darjah celcius selama  30 minit



Boleh diaorang sengih sengih tengok aku buat doh roti ni camni..huhu..seni tahu..seni...



Ni roti yang terhasil ya..dah macam corak kulit kura kura aku tengok.hehe..tapi sedap ok..hehe



Monday, 11 November 2013

Mari Membuat Roti Lagi



Assalammualaikum..selamat petang..

Ya..mari mari buat roti lagi ya..aku cuma uli2 dengn tangan je..takde bread maker lagi..belum mampu..huhu..aku suka sangat kalau menda yang aku buat menjadi..jadi selepas percubaan roti kentang aku,aku cuba pulak buat roti biasa aje..harap harap boleh kembang2 macam roti jual kat kedai tu..heh heh



Roti biasa biasa yang berjaya dihasilkan..ngee..roti dihiasi dengan susu tepung,nestum dan juga coklat chip.


Selepas diuli dan biarkan untuk proses pengembangan


Ni roti ada orang dah cop.tu ada  3 ketui ja tu


Masa ni dah kembang.lembut aje..


Selepas dimasak..hasilnya kerak roti yang sungguh menawan..hehe..


Lihat2..gebu dan lembut sekali.

Lepas buat roti sendiri,aku rasa roti sendiri buat lagi sedap dari roti yang beli kat kedai..serius..dan puas hati sebab roti buat sendiri dah sah2 uli dengan tangan dan bukan dengan kaki macam ada yang terjadi kat penang tu.ngee..hehe..aku makan roti ni sambil cicah dengan sup ayam..memang best.sapu dengan jem dan butter pun,sangat sedap.memang buat aku felling2 kat kedai roti perancis dah..hehehe..





Monday, 4 November 2013

Resipi Roti Kentang Tak Keras.Hehe



Assalammualaikum..selamat malam..

Aku nak kongsikan resipi roti kentang yang aku cuba buat kelmarin..entry roti kentang batu walaupun percubaan pertama tak jadi sebab aku tak letak yis.percubaan kedua aku menjadi.ada la rupa dan rasa roti kentang tu jugak.hee


Bahan bahan

150 ml - air + yis segera + 1 sudu gula.(biarkan sampai berbuih dalam 15 minit)
300 gram - tepung roti/tepung gandum
2 sudu besar - susu tepung
2 sudu besar - butter
1 sudu besar - bread improver
1 sudu kecil - garam
80 gram - kentang yang dah direbus dan dilecek
1/2 biji - telur
2 sudu besar  - gula halus

Cara cara

Campurkan tepung,bread improver,gula,garam,susu tepung.gaul rata rata.pastu boleh la letak kentang lecek,telur,butter dengan air tu.uli uli dengan penuh semangat ya..kalau melekat kat tangan,adunan agak lembik,letak tepung gandum atau roti tu sikit lagi eh.dah tu ketepikan doh tu dalam sejam biar dia kembang setambun eh..

Bila dah kembang tu,tumbuk tumbuk doh tu dalam seminit,2.pastu bentukkan doh tu ikut kegemaran dan letak dalam loyang yang dah disapu butter..buat bulat2 ke,petak2 ke.boleh je.tutup loyang tu dengan plastic wrap sampai doh tu kembang lagi dalam sejam.lepastu baru letak kastard yang siap bubuh dalam piping dan dah boleh dibakar.aku masak dalam oven aku pakai suhu 180 darjah celcius selama 30 min guna api atas bawah.


Bahan kastard

1 sudu - tepung kastard
1/2 cawan - susu segar(aku letak susu tepung + air je..huhu)
1 sudu besar - gula

Cara cara

Masuk je semua bahan bahan tu,kacau guna api sederhana besar..kacau sampai kental.boleh angkat dah.lepastu biarkan kastard tu sejuk dan masukkan dalam piping beg .



Inila cara cara aku buat roti kentang.aku tau ayat aku tonggeng2.harap harap semua boleh paham la..huhu..Roti kentang yang enak dimakan bersama butter atau dicicah dengan sup ayam..hee..


:)








Roti Kentang Batu (Percubaan Pertama)



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku ada beli tepung roti haritu.dekat seminggu lebih dah kut.terbiar camtu je tepung tu.sebab aku duk belek2 resipi roti apa je nak buat.jadi kelmarin aku dah dapat resipi roti kentang feveret aku.jadi dengan bersemangat aku buat la roti kentang ni ok.


Roti kentang #2

Oo..ini bukanla roti kentang percubaan pertama aku.ini yang kedua ya..lihat deko kastard tu.sesuka je penyet2 cenggitu..haha.style ok.


Roti kentang #1

Inilah roti kentang batu.huhu..percubaan pertama aku yang aku menyedihkan..haaa.aku terkeliru sebab aku ingatkan tepung roti tu dah ada yis bagai.jadi tak payah aku letak yis dah.mahai kut sekilo rm6.kan tepung kek selalu dah ada tepung penaik.aku harapkan tepung roti camtu la jugak.boleh kembung dengan segera.hehe.jadi inilah hasilnya roti kentang takde yis ya.huhu


Bahan2 yang aku guna tuk buat roti kentang.aku cuba untuk kali kedua sebab tak puas hati.oder yis segera kat en bebeh.hehe.ni pun aku letak je yis tu dalam tepung tu dan uli2 tepung roti tu dengan penuh kasih sayang.lepastu gigih aku tunggu doh tu naik.kejap kejap aku pegi tengok..gila roti kentang betul.haha


Beberapa jam selepas itu..inilah hasilnya..lembut dan gebu..tiada lagi roti kentang keras.aku sengih2 sorang tengok roti kentang aku menjadi(bangga kejap..hehe)


Deko kastard tu terhasil camtu sebab dia dah beku dalam peti ais aku.nak picit keras gila.jdi aku tk boleh nak buat dia lelawa.hee.takpala..rupa tak penting ni..janji sedap sudah kan..sekarang rasa macam nak beli bread maker tu plak..mesti ari2 boleh makan roti kan?hehe..


(Lihat favicon bekmen aku.hehe..kenapa bekmen?sebab aku suka bw pepagi buta.hehe)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...