Showing posts with label b2b. Show all posts
Showing posts with label b2b. Show all posts

Friday, 6 December 2013

Resipi Sugar Cookies Dengan Topping Royal Icing



Assalammualaikum..selamat petang..



Salam jumaat buat semua..terima kasih buat kengkawan yang sudi join ga aku lagi eh..tak sangka ramai yang sudi join ga aku..best2.mintak maaf la kalau ada salah silap kat ga ni..maklumla baru first time aku buat ga ni..huhu ^_^ .sebab dah berapa hari takde cerita pasal makanan, aku pun dah start teringat2  nak cerita balik.hehe..jadi hari ni aku nak kongsikan resipi sugar cookies yang aku buat hari tu.boleh buat doorgift dan hiasan meja candy buffet.


Sugar cookies comel2..

Bahan bahan

Butter - 1 cawan (225 gram)
Gula castor - 1 cawan (225 gram)
Tepung - 3 cawan (450 gram)
Telur - 1 biji
Tepung penaik - 1 sudu kecil
Esen vanilla -  sudu kecil
Garam - 1 sudu kecil
Susu tepung - 2 sudu besar

Cara cara

Memula campurkan butter dengan gula dan dimixerkan sampai kembang,kemudian masukkan telur dengan esen vanilla,mixerkan lagi sampai sebati,kembang.baru masukkan tepung,tepung penaik dan jugak garam.gaul gaul je dengan tangan atau spatula getah tu..sampai jadi macam gambar kat bawah


Doh biskut yang dah siap


Letakkan atas plastic warp dan tutup kemas2.simpan dalam peti ais dan biarkan selama 4 jam atau lebih bagus semalaman

Lepastu boleh keluarkan dan bentukkan pakai bentuk bentuk acuan yang digemari.aku ada acuan love ni je.huhu.


Biskut yang dah siap dibakar

Dah siap dibentukkan masukkan dalam oven menggunakan suhu 170 darjah celcius menggunakn api atas bawah selama 20 minit

Bahan bahan untuk royal icing

Putih telur - 1 biji
Gula icing - ikut kekentalan icing
Esen vanilla - 1 sudu kecil

Cara cara

Mixerkan telur sampai kembang dan bertanduk..macam nak buat pavlova tu..masukkan esen vanilla dan gula..gaul gaul dan masukkan gula icing sampai bancuhan kental dan tak cair.lepastu boleh la masukkan kaler apa yang disukai eh..


Tunggu biskut sejuk,baru boleh letakkan gula icing tu kat atas biskut ya..dan biarkan icing tu kering selama beberapa jam.baru boleh simpan.

Aku kurang pandai nak tulis tulis resipi ni.jadi aku tulis simple2 je ni.arap2 boleh faham la ya..huhu..lagipun,sebab resipi aku ni aku tak copy paste mana2 jd mungkin ayat agak berterabur disitu..ngeh..ngeh..

Selamat mencuba eh kengkawan..




Monday, 2 December 2013

Sugar Cookies Bentuk Love Untuk Doorgift



Assalammualaikum..selamat malam..



Ya...selepas beberapa hari takde entry tentang makanan..hehe.malam ni ada balik..yep..yep..sila merasa lapar kembali..ngeh..ngeh..ini dia..seperti tajuk diatas..aku bagi idea untuk kengkawan bride to be ni..kan selalu ada door gift untuk tetamu.jadi boleh kengkawan ambil idea ni.hee..


Sugar cookies yang boleh dibuat berbagai bagai bentuk janji ada acuan dan kerajinan je.hehe.sekali tengok memang macam biskut mama carey.


Yang siap dipek dalam plastik.boleh letak dalam beg doorgift


Ni pek satu satu..untuk lebih penjimatan.ngeh..ngeh..

Selalu kan orang bagi kuih bahulu.ni kira tukar sikit..bagi biskut manis manis.resipi nya nanti aku upkan..memang mudah je nak buat.dan boleh conteng2 ikut kreativiti memasing.satu lagi tambah..dan memang sedap..aku dah ngap berapa bijik dah..ngeh..ngeh..







Monday, 17 June 2013

bride to be..hee


Assalammualaikum,selamat pagi..

Hee..lama senyap blog ni..huhu..sibuk sesangat..keja lagi.tiap2 ari balik lewat.letih wuu..aku sekarang tengah sibuk blogwalking lat blog2 bride to be...hehe..yaya..aku mau kawen la..in shaa Allah..hujung tahun ni.kami tak bincang apa lagi pun dgn family dia.kiranya da separuh siap ti,baru kami buat pembentangan kat family dia..family aku pulak,ok ja.

kami dah setuju untuk colour theme kami...hehe..tu pun jenuh aku google..tengok warna yang sesuai."org tak payah susah payah.org pakai ja baju istiadat ja nanti.cyg cari ja la nk buat kaler apa pun"..(dia bagitau aku dengan muka selamba dia..)ceh...jadi aku pun terminat dengan warna cenggini..jeng jeng..



Gambar dari google.hee 


Ni aku da cari kawan yang bukak butik pengntin haritu..ingat nak sewa dekat dia.kut2 dapat member price..da dai pulak tutup perniagaan sementara sebab nak bersalin..wuu..jadi sekarang ni aku tak tau nak cari kat mana sewa pelamin yang harga okey2..aku budget okey..tanak la da pas kenduri kawen ti aku dengan dia makan nasik dengan telur goreng ja.huhu..

Pasni.aku nak blogwalking kat blog2 bride to be lagi nak tengok2 idea yang boleh diikuti..ceh..ayat..hoho.sebab sekarang semua nak fikir sampai sakit2 kepala aku ni..dia?emm..biasaa..dia rilek ja.semua ikut suka aku.cuma hujung bulan ni dia ajak pegi pameran untuk pengantin kat dataran pahlawan.he..best best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...