Tuesday 8 October 2013

Pokok Mulberi Berbuah Lebat


Assalammualaikum..selamat petang..

Hujung minggu yang memenatkan aku.huu..kesana sini menyetelkan beberapa perkara.tapi aku masih sempat jugak buat durian crepe untuk kakak ipar aku,anak anak sedara aku.niat aku buat durian crepe tu untuk menenangkan perasaan kak ipar aku yang tengah dilanda pelbagai masalah sekarang.aku harap dia dengan anak2 sedara aku dapat bertabahlah.makanlah durian crepe tu dan lupakan sekejap masalah yang ada..hee..

Cerita harini..pasal buah mulberi..aku suka sangat buah ni..hehe..sejak aku mula mula ternampak cerita pasal buah ni kat sebuah blog tanaman..memang aku sangat sangat terpikat.sebab kan selalu buah buah beri ni nak tempat sejuk je..jadi bila aku tengok buah ni,aku felling omputih jap.haha




Balik rumah mak,aku terpandang pokok buah ni depan umah mak.mk bagitau jiran datang cucuk batang pokok mulberi depan rumah dia.elok je tumbuhnya.dan dah berbuah dah pun


b n w mulberi



Sebelah kiri tu pokok depan rumah mak,belah kanan tu pokok jiran
mak.



Ni gambar yang aku gigih ambil kat jiran yang datang tanam batang mulberi kat rumah mak tu.aku teruja sangat dapat tengok buah mulberi.hehe.first time dapat tengok betul2.selalu tengok gambar je.



Memang berbuah dengan sangat lebat.aku tak tau apa baja jiran mak ni bubuh.tapi makncakap nak bagi buah dia banyak kena selalu pangkas je.gerenti lebat buahnya nanti



Pokok mulberi ni ada la tinggi sikit dari porch depan rumah.tapi sangat banyak buahnya.daun daun dia pun gemuk2



Aku duk terbayang letak mulberi ni atas pavlova..tentu sangat enak ni..nyum nyum..nasib baik pokok jiran..kalau tak..haha..mak aku cakap takpe ambil je..kalau aku ambil,aku sapu sampai licin buah mulberi tu..hehehe.nangis nangis jiran mak karang.



Ni butir butir buah mulberi.berlapis lapis

jadi aku suruh mak ambil sikit je.aku nak rasa.masam2 sikit.yang dah hitam2 tu manis.ku pegang je buah mulberi tu punya lama..duk belek2..sayang nak makan sebab cantik sangat aku rasa.hehe..

Nanti aku pun nak cari nursery yang ada jual keratan batang mulberi ni..nak try tanam kut kut boleh berbuah lebat cam pokok jiran mak tu.




44 comments:

Syamimi Saad said...

comel la buah tu.. first time tengok..
mungkin tangan orang yang tanam pokok tu sejuk.. sebab tu menjadi..
rindu nya nak bercucuk tanam..

Anonymous said...

hana tak pernah rasa. mcm anggur ke? ngeh3.

Fazleyatul Aini said...

nak tanam jugak la. ceah macam rajin nak menanam haha

sitirohaida said...

akak pun baru 1st time tengok..sedap ke..macam biji buah delima pulak ye.

Anonymous said...

sedap ni KA Pun sukalah !

Unknown said...

Geramnya tgk....lebat buah dia....jiran saya pon ada tanam...tp tak berbuah sbb dia tak pangkas...geram je rasa mcm nak tolong pangkaskan hahaha....

olive said...

Your 1st pic memang attractive! Pokok mulberry tu besar ya! Tak payah cari nursery. Try to grow pakai keratan, try your luck. senang hidup

norhasnizakhalid said...

nampak sedap tu, rasanya? sedap kot ye tak.. macam buah delima kan..

Lieya Von Jay said...

macam best ja buah ni,

Unknown said...

ehhh boleh hidup erkk kat sini..baru tau ni tapi akak kalo tanam kompem2 mati pokok tu..letak atas pavlova memang meleleh abis..nyummsss

Fiza Aizzawa said...

tak pernah mkn.. selalu minum yogurt jer.. igtkan kt negara kita nie x de.. huhu

Unknown said...

salam kenal & singgah... so far blm pnh mkn lg buah ni... jumpa pokok pun x lg kot... hehehehe

done follow #188

Carlos Santiago said...

dlu ms kicik, ak suka mkn buah ni. skng ni susah nk dpt

norhidana said...

bestnyer dik.... baik betul jiran tuh... share sama2... makin lebat lah buah dia... aritu akak ada nampak kt psr tani tau... ingat nk beli je 1 pokok baru rm10 ke rm15 gitu... pakkal lah umah akak takde tanah kalu ada... mmg akak dh tanam

Addasyuhadadisini said...

pernah mkn sblum ni..tapi tak tahu nama..dpt ilmu baru..hehe

AtieYusof said...

1st time kak tgk buah ni...comel2 plak buahnya...

nadia rashid said...

besar jugak pokok ni...kat umah sy kecik lagi..kurus keding jer...lambat lagi lah kut nak berbuah mcm ni

wantie said...

ya allah lebatnya. kalau kat depan mata wantie pun memang leleh leleh air liur ni.

hmm.. nak jawab soklan

kuaci ngan badam tu nak wat kuih " char Cher Kuaci" ada jugak yang panggil almond apa ntah..

Unknown said...

mulberi.. mana dpt? jarang betul deqla mkn..huhu..

Khir Khalid said...

Seronoknya.. nice sharing :)

Khamsi Abdullah said...

Mulberry rupanya nama buah ni.. kat rumah ada, tapi tak tahu nama :P

wahida said...

tak pernah tengok apatah lagi makan...huhu...

sekali pandang mcm buah delima pun ada...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yangg, sheila tak pernah makan mulberi. tapi mulberi ni comel sangat! suka tengok. heeeeeeeee

Zawiah said...

saya baru dok fikir2 nak pi umah angah kat Perak raya haji nih . nak snap photo pokok mulberi n nak amik sikit utk tanam ... mmg geram tgk nin ...

Unknown said...

Sedappppp tak? hehe

Unknown said...

lebatnya...akak pon suka buah ni

Mizz Aiza said...

kat kampung akak ada tanam pokok ni.. baru tahu namanya mulberi.. teringat masa kecil-kecil dulu selalu ambil buah ni.. akak tak makan pun, saja main-main..

Lee said...

Hello Adrianna, I love these berries....ya, used to see them a lot old days at friend's homes.
Boleh buat jam, sedap.
Hey, you a good photographer! Love that pic the sun's rays coming thru the leaves.
Yes, go plant couple of these plants....

Where I am lots of all kinds of berries, and if up North, if see these wild berries, nak jaga sikit as bears love them...
You have a nice day, keep a song in your heart.
Lee.

Mia Kassim said...

Balas kunjungan...:D
1st time nampak pokok mulberi ni, thanks sharing!

FarahFerraDotCom said...

Nampk sedap..tapi apa rasa dia.. masam2 manis ke? Tak pernah makan..huhuhu

Puan Kutu said...

mulberi?pesal akkni jakun sgt,macam buah anggur pun ada gak.hehe..

untunglah ada jiran yg tanam,dpt gak merasa.klu amik semua mmg nangis la jiran mak

OKje said...

Mmg nmpk hijau dan subur Adrianna....
Okje tak pernah pulak junpa pokok dia...Banyak khasitnya tu

Tedi said...

Tedi tak berminat lak dgn buah ni. Tapi betullah, kalo nak berbunga atau berbuah lebat, cantas je, jangan sayang pokok. :-) Tapi jangan ditebang, sudahlah ye, wahai akak Mulberri-berri.

azihajieha said...

wah...pokok3...best3...dulu pernah cube tanam jugak pokok macam ni.. tapi kemudian abah racun pulak...adei...

Miss Brenito said...

Mana nak cari buah ni yer? teringin pulak... salam perkenalan Adrianna..

Nieda Ramly said...

assalam dik. masa kecik2 dulu boleh petik2 sj buah ni di halaman rumah nenek. sekarang ni pokok pun dah tak ada.

Nieda Ramly said...

assalam dik. masa kecik2 dulu boleh petik2 sj buah ni di halaman rumah nenek. sekarang ni pokok pun dah tak ada.

Unknown said...

Nama simple yang Kak Erin selalu sebut ialah buah ulat bulu.. hehe

E'in said...

okay, ein baru tahu yg buah nie wujud... hihi

dear anies said...

nak minta anak pokok bleh? ;-)

MAY said...

macam sedap je..

*thanx follow my blog... ;) i'm no 210.. ;)

Zam said...

pergh cantiknye

seri.selaseh said...

x sangka la bleh hidup kat negara kita ni. Penah gak tengok pokok ni kat tv, rancangan gardening omputih. Dia pon slalu gak pangkas pokok mulberi dia. Dia buat 2 group.. kalau dah pangkas 1 group pokok, still ada 1 group lagi pokok yg bleh bebuah sementara nak tunggu grup yg kena pangkas tu bercambah balik.

ayut said...

serius tak pernah tgk dan rasa buah ni...sdap ke buah ni???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...