Tuesday, 17 September 2013

Buah letup letup



Assalammualaikum..selamat petang..

Pegi rumah adik aku haritu,aku terpandang pokok ni kat tepi pagar masa nak parking kereta..teruja kejap..hehe..lama kut tak nampak pokok ni..dulu masa aku bebudak memng banyak la pokok ni dekat tepi pagar sekolah,tepi pagar bangunan2 yang terbiar kat depan rumah aku dulu..dulu tetiap pagi,masa duk joging ramai ramai kami selalu serbu pokok ni la..hahaha..berebut nak ambil buah ni..




Kira ni buah paling sedap la masa tu..dan percuma.hehe..selain dari ceri taik burung tu..memang feveret masa aku budak budak dulu..siap boleh buat stok ni simpan dalam plastik yang memang dah bawak siap siap sebelum pegi joging..hehe


Aku tak tau apa orang lain panggil buah ni.kawan kawan aku dulu la panggil buah letup sebab buah dia yang hijau.muda muda tu kalau dipenyet,dia meletup..aku pun panggil buah letup.bila tengok isi dalam buah ni.macam markisa pun ada..hee..ok la tu markisa jenis kecik..kalau tengok pokok ni kat mana mana memang teringat zaman kekanak riang ria dulu...hehe....

Takde ke jual benih buah ni kat mana2?ngee....




13 comments:

Tedi said...

nape? nak makan ker? Tedi menabung White :)

Farah Waheda Wahid said...

masa kecik2 dulu kalau berjalan kaki kat area rumah amik angin ada terjumpa buah letup2 ni juga, tapi kan, tak berapa nak suka rasanya walau orang kata sedap...

norhidana miswan said...

samalah dik... akak masa sekolah rendah kecik2 dulu suke mkn buah nih... dulu bkn kata buah nih... timun tikus yg kecik2 tu pun selamba je mkn...

Adry@Daun said...

As salam Adriana,

Kat Kelantan pokok ini dikenali dgn nama pokok ulat bulu. Saya tnm pokok ni skrg sbb payah sgt nak jumpa. Ia masih hidup dan terus berbuah. Pokok nostalgia zaman budak2..

siti zahara said...

Samala zara pun dulu2..bila jmpk je buah ni..ngapp je..dah lama kut tak rasa buah ni..

Puteri Purnama said...

assalammualaikum,
kenapa agaknya nama pokok ni buah letup letup, dia meletup ke?hihihi

Angah said...

sekarang tak pernah jumpa dah buah ni, dulu-dulu area sekolah selalu ada pokoknye...

Ibu Qistina said...

Assalam Adrianna,

akk pun kurang pasti nama betul pokok ni,tp mmg akk panggil pokok letup2 jugak mcm adrianna panggil. :)

Deqla Manjew said...

dah lama x tgk buah letup2 nih.. x penah rasa pun...huhu

@na said...

salam syaz, mmg sedap buah letup2 ni...tp dh susah jumpa skrg ni

Nao Mei said...

dapat makan rupanya buaah nie..huhu

jaakechik said...

kecik-kecik dulu jaa selalu makan buah ni. jaa panggil buah ni ''buah ulat bulu'' sebb dia berbulu. sedap jugak rasa dia masam masam manis gitu... kan? hihi..

S. Faezah said...

sy ponnn..sllu mkn buah ni masa maen kecik2 dulu..ada lg satu bunga yg kalau kite makan lekat kaler merah..tp xigt nama..skrg da ssh nk jumpe..klu nmpk mesti igt zaman kanak2^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...