Assalammualaikum..selamat petang..
Kat luar mendung aje..nak hujan lagi nampaknya.jadi aku pun bermalas malasan la moodnya..hehe..tapi nak jugak kongsi resipi kek coklat ni dengan kengkawan.kek ni aku buat semalam.dah siap bagi kat jiran jiran.siap jiran mintak penambahan ok.haha.hati gembira je bila makanan yang kita buat,orang makan kan?tapi sebelum tu..harap kawan2 yang menang semalam sila pm aku kat fb ya atau kut email ( adriannasyaz@gmail.com).harap2 boleh pos semua hadiah tu esok.
Kek coklat yang dah dihias penuh berseri dengan whipping cream..ngee..
Bahan bahan
Tepung gandum - 2 cawan
Serbuk coklat - 1 cawan
Sod bikarbonat - 1 sudu kecil
Tepung penaik - 1 sudu kecil
Garam - 1 sudu kecil
Telur - 3 biji
Air nescafe - 1 cawan
Minyak jagung - 1 cawan
Air susu - 2 cawan (aku pakai susu tepung je campur dengan air)
Cara cara
Ayak tepung gandum,soda bikarbonat,tepung penaik,serbuk coklat(gaulkan sekali)dan tambahkn garam
Kemudian bolehla masukkan minyak jagung,telur,air nescafe,dengan air susu.mixerkan sampai sebati.lepas tu boleh la masukkan dalam paper cup ya.panaskan oven 180 darjah celcius dan masak kek ni selam 25 ke 30 minit ikut oven memasing eh..
Kek selepas keluar dari oven.hitam tapi manis..hehe
Silalah cuba resipi ni ya..jngan lupa bagi jiran jiran merasa sikit.hehe.murah rezki nanti.ikut resipi ni boleh dapat sampai 40 biji kek coklat tuk papercup yng sederhana besar tu.
40 comments:
sangat yummylicious penampakkan imejnya... minta seketul boleh?
serius buat sendiri? rajin sungguh.. tp apa2 mesti ada buah kiwi yer? hihi
sodap di makan petang2 macam nie kan..
sgt2 menyelerakan.. tq share resepi yer !
awwww bestnyee.
Comell je kek ni...kita nak jugak try baking membaking ni..agak2 tangan ni berseni tak?hihihi
one fine day akan dicuba jugak resipi2 kek comey2 ni...:D
sedapnya..leh la yui order kan? hihih.
cer kasi jugak jiran blogger ni..hahaha
Sedappppp! ;D
Sedappppp! ;D
seb baiklah awak ni nun jauh di melaka kalau dekat confirm dh order.. kuikuikui nak buat sendiri x rajin la plak.. kehkehkeh
bertuahnye jiran2 kamu tuh.
akak pon nak jadik jiran kamu jugak lah. ahaks~
sedapnye! thanks for the recipe..sangat simple :)
saya suka kukus tapi leceh wuhuhu
comelnya kek, untungnya jiran dapat makan kek :)
arghhh sedapnya cup cake awak. ! huwaaa sedap3. huhu
sedapnya...
nak jadi jiran adriana lah . klu teringin trus ketuk pintu ... heeeee
nampak sedap la..geram nak gigit satu
so yummeh
adoii setiap kali singgah blog sya ni mesti terus terliur..nak amik la resepi ni :) tq darling
Sedap..
Rajin buat cupcake yer :-)
Nak kena tekun jugak membuatnya ni.
wah..akak nak cubalah nnt..tq bg resepi yer...comel je err kalau ganti nescafe ngan milo boleh tak..hahah
Ajar buat cream atas tu please...sedap sangat tengoknya..
Bukan Main Lagi Mak Shakira
salam jumaat.. sedapnya.. boleh la akak cuba buat lepas ni.. singgah menabung churp2.. :D
yup2 saya orang melaka hehe
u tak nak ke berjiran dengan i?
leh i merasa kek u hehehehehehe...
sedapnye...t'liur tgk
suka terjah cni sbb selalu bau makanan..hihi..
pinjam resepi tau ^_^
nk cikitttt
sedap ni...akakpun selalu buat resepi yang ni sama dengan ganachenya..
alahai sedapnyer... tp kadang kerajinan tu tak dtg dik,camne kan
sedapnya..tgok je tringin nak buat cmna nk diet ni?haha
uiiiii sedapnya! :D
wahh.. tengok gambar pun dah leleh ni..
alamak wei..dah laaa tengah lapaq ni..huhuhuhuh
Sedapnya.. =D
air susu tu mmg kena bancuh ke?
atau boleh jer guna fresh milk?
nampak sgt tempting tau...
Best kek coklat tu.. makan sebiji2.. boleh x sedar dah makan banyak.. :)
Post a Comment